Tuesday, December 23, 2008

BESARNYA PENGORBANAN SEORANG IBU



Adakah kita masih mahu mengderhakai ibu bapa kita?Berlemah lembut la kepada mereka tue.Pengorbanan mereka sangat besar....Ya Allah ampunilah dosa2 ibubapa kami dan rahmatilah mereka...Amiiiiiiiiiiiin

Monday, December 22, 2008

TAUBAT NASUHA



Syarat-syarat Taubat


Taubat dari segala dosa hukumnya adalah wajib. Jika maksiat itu terjadi antara hamba dengan Allah, tidak berkaitan dengan hak manusia maka ada tiga syarat taubat :

Hendaknya ia meninggalkan maksiat tersebut.
Menyesali perbuatannya.
Berniat teguh untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut selama-lamanya.
Apabila salah satu syarat ini tidak terpenuhi, maka taubatnya tidak sah.
Adapun jika maksiat itu berkaitan dengan hak manusia maka taubat itu diterima dengan empat syarat. Yakni ketiga syarat di muka, dan yang keempat hendaknya ia menyelesaikan hak yang bersangkutan.
Jika berupa harta atau sejenisnya maka ia harus mengembalikannya.
Jika berupa had (hukuman) atas tuduhan atau sejenisnya maka hendaknya had itu ditunaikan atau ia meminta maaf darinya.
Jika berupa ghibah (menggunjing) maka ia harus memohon maaf.

Ia wajib meminta ampun kepada Allah dari segala dosa. Jika ia bertaubat dari sebagian dosa, maka taubat itu diterima di sisi Allah, dan dosa-dosanya yang lain masih tetap ada. Banyak sekali dalil-dalil dari Al-Qur'an, Sunnah dan Ijma' yang menunjukkan wajibnya melakukan taubat. Dalil-dalil yang dimaksud telah kita uraikan di muka. Allah menyeru kita untuk bertaubat dan ber-istighfar, Ia menjanjikan untuk mengampuni dan menerima taubat kita, merahmati kita manakala kita bertaubat kepada-Nya serta mengampuni dosa-dosa kita, dan sungguh Allah tidak mengingkari janji-Nya.

Ya Allah, terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.

Semoga shalawat dan salam senantiasa dilimpahkan kepada Nabi Muhammad, keluarga dan para sahabatnya. Amin.

Saturday, December 20, 2008

BUSH KENA BALING KASUT



Tak tahu la apa nasib si arab tue...Moga2 diselamatkan...
اللهم أهلك أعداءك أعداءالدين



Ini si Arab yang membaling kasut kepada Bush

Thursday, December 11, 2008

BILA BERMULA TAKBIR RAYA KORBAN



Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua pembaca blog ini maaf zahir dan batin..

Di bulan baik dan mulia ini ramai ummat islam pergi ke Mekah untuk menunaikan ibadat Haji..Mereka khusyuk melakukan ibadat...ada yang menangis mengenangkan dosa-dosa yg lepas,merintih,merayu-rayu di depan Ka'bah,berdoa,berzikir,bertowaf dan banyak lagi mereka lakukan...Sangat beruntung mereka moga-moga mereka mendapat haji yg mabrur di sisi Allah...Aminnn

Bagi umat islam yang berada di tanahair perlulah mengingati peristiwa pengobanan Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail dalam melaksanakan perintah Allah,melaungkan bertakbir hari raya dan melakukan korban korban bagi yang mampu....

Takbir raya bagi Raya Aidiladha bermula pada subuh 9 Zulhijjah iaitu pada hari wuquf di padang Arafah sehingga 13 Zulhijjah...Dilakukan takbir selepas setiap solat fardu...(Rujukan Matan Abi Syuja' dan Matla'Badrain)
Sama2 Kita bertakbir...Wasalam

Wednesday, December 3, 2008

HUKUM JUAL SEMBELIHAN KORBAN DAN AGIH DAGING KORBAN


Alhamdulillah Bersukur kepada Allah kerana masih diberi peluang kita hidup.Selawat dan salam kepada Nabi junjungan kita Muhammad SWA,sahabat-sahabat baginda serta pejuang2 islam sekalian...

Hari ini kita sama-sama berkongsi ilmu tentang hukum menjual sembelihan korban adakah dibolehkan? atau bagaimana kedudukan ibadat korban kita jikalau binatang korban yang disembelih dijual?

Di sana ada Hadis menyebut secara khusus berkenaan hukum menjual sembelihan korban antaranya:

إذا باع أحدكم جلد أضحيته فلا أضحيته أوكما قال رسول الله صلى الله عليه سلم

"Apabila seseorang daripada kamu telah menjual kulit sembelihan korbannya maka tiada dapat pahala sembelihan korbannya"

Hadis di atas menunjukan bahawa tiada dapat pahala korban jika seseorang itu menjual sembelihan korbanya,maka daging,kulit,tanduk,tulang dan mana-mana bahagian binatang tersebut dilarang menjualnya.

Kita juga tidak boleh jadikan kulit binatang korban sebagai upah kepada tukang sembelih kerana ibadat korban adalah ibadat semata-mata kerana Allah dan tiada unsur-unsur kepentingan dunia...Maka kulit itu perlu disedekahkan atau digunakan sendiri olehnya.Jikalau mahu memberi upah kepada si penyembelih hendaklah diambil daripada harta yang lain...

Jikalau kulit itu tiada orang berhajat,maka hendaklah ditanam agar tidak mencemarkan suasana...

AGIH DAGING KORBAN

Harus mengagih daging korban kepada orang-orang islam secara ijma' Ulama'.Dan diharuskan juga agihan daging korban yang sunat kepada ahlu zimmah manakala yang nazar tidak boleh melainkan kepada orang islam sahaja...

Disunatkan agih daging korban 1/3 untuk ahli keluarga,1/3 untuk jiran dan sahabat-sahabat,1/3 untuk orang miskin.Manakala korban nazar maka wajib disedekahkan semuanya....

Jadi kita perlulah bejaga-jaga dalam mengerjakan amalan ibadat kita agar korban yang kita lakukan diterima Allah Taala...

Monday, May 26, 2008

HUKAMAN SEBAT DI MALAYSIA DAN ARAB SAUDI

Sering kita mendengar tohmahan dari barat mengatakan undang2 Islam adalah primitif ,tiada ketamadunan bahkan undang2 rimba...Jadi mari kita lihat perbandingan perlaksanaan hukuman sebat yang dibuat di Negara kita Malaysia dengan Negara Arab Saudi...Apa yang kita ketahui bahawa Negara Arab Saudi mengamalkan undang2 Islam....

Di Arab Saudi



Di Malaysia



Hukuman sebat yang dilaksanakan oleh ajaran Islam ialah:

ALAT SEBAT

Alat sebat tidaklah dalam satu jenis dan satu bentuk sahaja sebat bolehlah dijalankan dengan menggunakan rotan atau pelepah tamar atau ranting kayu ataupun hujung kain bahawa untuk menyebat peminum arak maka sudah cukup dan tercapai maksudnya dengan menggunakan hujung kain atau pelepah tamar.

Sekiranya digunakan rotan dan sebagainya maka itu hendaklah sederhana ukurannya jangan terlalu muda atau terlalu tua dan tidak yang berbuku-buku atau pecah-pecah atau seumpamanya supaya tidak boleh mencederakan atau menyebabkan luka parah ke atas pesalah. Ini kerana tujuan yang sebenar hukuman sebat bukan hendak membinasakan pesalah tetapi bertujuan mencegah dan melarang serta memberi pengajaran kepadanya.

Maksudnya : Diriwayatkan oleh Malik dari Zaid bin Aslam katanya, seorang lelaki telah mengaku berzina di zaman Rasulullah SAW maka Rasulullah meminta sebatang tongkat untuk disebat lelaki itu, apabila tongkat yang dikehendaki dikemukakan kepada baginda Rasulullah SAW. didapati tongkat itu pecah-pecah, lalu baginda minta tongkat yang lain, apabila tongkat yang kedua dibawa kepadanya didapati pula tongkat itu daripada dahan kayu yang baru dipotong, Rasulullah SAW menolaknya lagi dan meminta tongkat yang sangat sederhana yang tidak keras, Rasulullah SAW menerimanya dan memerintahkan supaya disebat dengannya.

CARA MELAKSANAKAN SEBAT

Ketika melaksanakan hukuman sebat hendaklah dengan cara sebatan yang sederhana. Orang yang menyebat tidak boleh mengangkat tangannya sehingga ke paras kepalanya atau dengan lain perkatan ia tidak boleh mengangkat tinggi tangannya sehingga nampak putih ketiaknya dan disebat berturut-turut supaya sampai kepada matlamat dan tujuannya.

ANGGOTA-ANGGOTA YANG BOLEH DIPUKUL

Pukulan hendaklah diatur supaya kena merata-merata anggota tubuh badan pesalah itu kecuali muka, kepala dan dada ditegah sama sekali memukulnya dan tidaklah boleh disebat hanya setempat sahaja.

KEADAAN PESALAH

Ketika menjalani hukuman, pesalah lelaki dikehendaki berdiri manakala pesalah perempuan dalam keadaan duduk dan tidak boleh dilucutkan pakaian biasa mereka yang menutup aurat seperti baju, seluar, kain sarung dan sebagainya. Dikecualikan pakaian-pakain yang tebal atau beralas yang boleh menghalang dari rasa sakit yang menjadi matlamat utama dan terpenting dalam hukuman sebat dan jika mereka berpakaian demikian “tebal” hendaklah diganti dengan pakaian yang nipis “sederhana”.

PESALAH MENGANDUNG

Dan jika pesalah mengandung hendaklah ditunggu sehingga melahirkan anak sama ada anak kandungan itu dari perbuatan zina atau tidak dan sembuh dari sakit beranak serta suci dari darah nifas dan tenaganya sudah pulih. Ini berdasarkan kepada hadis berikut :

Maksudnya : Dari Sayyidina Ali RA bahawa beliau berkata : Bahawa seorang Amah “Hamba” Rasulullah SAW telah berzina maka Rasulullah SAW telah mengarahkan kepadaku supaya aku jalankan hukuman sebat ke atasnya sedangkan ianya masih baru melahirkan anak, maka aku bimbang jika aku jalankan sebat ke atasnya akan membunuhnya, lalu aku beritahu keadaan itu kepada Rasulullah SAW , maka sabda Rasulullah “Biarlah dahulu dia sehingga sembuh dari sakit beranaknya kemudian boleh sesudah itu kamu jalankan hukuman ke atasnya”.

PESALAH SAKIT

Jika didapati pesalah dalam keadaan sakit dan penyakitnya ada harapan untuk sembuh maka hendaklah ditunggu sehingga dia betul-betul sembuh kerana jika dijalankan juga semasa pesalah itu sedang sakit akan bertambah berat penyakitnya dan mungkin boleh membinasakannya. Sebaliknya jika penyakitnya tidak ada harapan langsung untuk sembuh bolehlah dijalankan hukuman sebat serta-merta tanpa menunggu dan membuang masa lagi tetapi dengan satu syarat, bahawa rotan yang digunakan tidak akan membinasakannya. Oleh itu hendaklah menggunakan ranting kayu atau rotan yang kecil atau pun pelepah tamar yang kecil dan jika ukuran ini juga dibimbang akan membawa maut kepadanya maka bolehlah dikumpulkan seratus ranting kayu atau seumpamanya dan diikat dalam satu ikatan dan disebat dengannya satu kali. Cara begini pernah disuruh oleh Rasulullah SAW supaya dilakukan ke atas seseorang lelaki yang berzina yang sakit berat tidak mempunyai harapan untuk sembuh.


Maksudnya : Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW. pernah menyuruh supaya dijalankan hukuman sebat ke atas seorang lelaki yang sedang sakit merana dengan satu pukulan dengan seratus mayang tamar yang diikat “seikat” kerana lelaki itu telah melakukan perbuatan zina.

Ini kerana pesalah yang sakit merana tidak mempunyai harapan untuk sembuh sama ada dibiarkan tanpa dijalankan hukuman sebat kerana penyakitnya atau dilaksanakan sepenuhnya, maka sudah pasti jika dilaksanakan sepenuhnya akan membawa maut kepadanya dan di dalam keadaan begini diambil jalan, tengah iaitu disebat satu kali dengan seratus mayang tamar seumpamanya yang diikat dengan satu ikatan sahaja

Firman Allah :Maksudnya : Dan ambillah dengan tanganmu seikat jerami kemudian pukulah dengannya dan janganlah engkau menyalahi sumpahmu itu. (Surah Sod : 44)
Dengan cara yang demikian adalah lebih baik dari biarkan tanpa menjalani hukuman atau dibunuh pesalah yang sakit yang tidak sampai kepada hukuman yang wajib dibunuh.

sumber:http://ttuyup.wordpress.com/2006/09/14/hukuman-sebat-dalam-islam/

Thursday, February 28, 2008

Bahagian Ke 2

BAHAGIAN DUA.PERLANTIKAN BUKAN ISLAM SEBAGAI KEMPIMPINAN MENURUT PERBINCANGAN FUQAHA( )

SKOP PERSEPAKATAN ULAMA DAN PUNCA PERSELISIHAN.

Para fuqaha telah bersepakat di dalam beberapa perkara seperti di bawah:

1. Ijmak menegaskan ahl al-Dhimmah tidak boleh dilantik kejawatan-jawatan yang mempunyai Wilayah 'Ammah ke atas masyarakat Islam seperti al-Imamah, al-Khilafah, wizarah al-Tafwidh, perundangan, kehakiman, ketenteraan dan beberapa jawatan-jawatan yang dikelaskan sebagai al-Manasib al-Diiniyyah.

2. Berhubung dengan jawatan-jawatan di atas, fuqaha telah mensyaratkan agama Islam sebagai syarat utama kepada pemegang utama institusi kepimpinan tersebut (Wilayah 'Ammah).

Berhubung dengan penetapan syarat Islam bagi setiap jawatan Wilayah 'Ammah, para ulama telah menjelaskannya di dalam penulisan mereka. Kedudukan tersebut telah disebut secara jelas seperti Imam al-Haramain, Ibn Hazm al-Zahiri, ataupun secara mafhumnya seperti al-Baghdadi, al-Mawardi, dan Au Ya'la. Berdasarkan beberapa pandangan tersebut maka penetapan syarat Islam ini boleh dianggap sebagai ijmak atau sekurang-kurangnya Ijmak Sukuti .
Persoalan sebenar yang menjadi punca perselisihan fuqaha ialah berkenaan dengan jawatan Wazir al-Tanfiz (menteri eksekutif) yang disandang oleh rakyat bukan Islam. Selain itu, adakah beberapa jawatan lain sepertj pegawai pengurus cukai ('amil kharaj), juru tulis atau setia usaha kerajaan (katib) disamakan kedudukannya dengan jawatan Wazir al-Tanfiz dalam konteks kesemua jawatan tersebut diklasifikasikan sebagai Wilayah Khaassah.
Perselisihan ini sebenarnya timbul daripada beberapa persoalan seperti di bawah:

1. Fuqaha berbeza pendapat mengenai kuasa dan bidang tugas Wazir al-Tanfiz disifatkan samada ianya bersifat Wilayah Ammah atau Wilayah Khassah.

2. Fuqaha juga berselisih pendapat dalam membincangkan hukum meminta bantuan daripada golongan bukan Islam samada sewaktu perang atau sebaliknya. Perbincangan ini berlaku di dalam bab al-Isti'anah bi al-Musyrikin. Persoalan ini mempunyai kaitan dengan perlantikan bukan Islam sebagai Wazir al-Tanfiz kerana dalam konteks ini ia juga sama seperti menerima bantuan daripada orang bukan Islam.

PENDAPAT ULAMA TENTANG HUKUM ORANG BUKAN ISLAM MENYANDANG JAWATAN WIZARAH AL-TANFIZ.

Para fuqaha berselisih pendapat berkenaan hukum orang-orang bukan Islam menyandang jawatan wizarah al-tanfiz. Peselisihan ini boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, iaiatu kumpulan yang membolehkan dan kumpulan yang tidak membolehkan.

Pandangan Pertama

Pendapat ini membenarkan orang bukan Islam dilantik ke dalam kerajaan sebagai Wazir al-Tanfiz atau sebarang jawatan selain jawatan bersifat Wilayah 'Ammah. Aliran ini terdiri daripada kalangan beberapa orang ulama seperti al-Mawardi, Qadi Abu Ya'la, al-Khuqi, dan beberapa tokoh pemikir Islam semasa seperti Yusof al-Qaradhawi, Diya aI-Din al-Rays Muhammad Salim Madakur, Muhammad Faruq al-Nubhaani.

Antara ulama yang membenarkan pihak kerajaan menerima bantuan rakyat bukan Islam ialah Imam Ahmad bin Hambal, aI-Khurqi al-Shaafi'i, al-Auzaa'i, Abu Hanifah dan para sahabatnya.

Antara dalil-dalil yang dikemukan oleh mereka ialah seperti berikut:
1. Firman Allah yang berbunyi:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتْ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمْ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. – (Ali-Imran: 118).

Dalam menghuraikan ayat di atas, al-Syeikh Rashid Reda menegaskan larangan yang terdapat di dalam ayat ini tidak bersifat mutlak sebaliknya ia dikaitkan dengan beberapa ciri yang dijadikan sebab kenapa ia dilarang. Al-Quran menggariskan empat ciri sebagai alasan pengharamannya iaitu orang bukan Islam mempunyai hasrat untuk menghancurkan Islam, mereka suka melihat umat Islam derita, di samping sikap benci dan hasad dengki yang mendalam terhadap umat Islam di jiwa mereka. Dalam konteks ayat ini jika dipastikan bahawa jika ada di kalangan mereka yang tidak mempunyai ciri-ciri tersebut, akan dikecualikan dari skop larangan nas. Daripada penjelasan yang dikemukakan, ternyata bahawa kedudukan Wazir al-Tanfiz yang dihuraikan oleh al-Mawardl'dan Abu Yacla tidak baleh didefinisikan sebagai 'bitanah' seperti yang dilarang oleb al-Quran. Orang seperti ini bukanlah pemegang rahsia kerajaan yang mutlak sebaliknya menjadi pelaksana bagi plan tindakan yang tidakdirahsiakan lagi seperti yang dimaksudkan di dalam ayat di atas.

ii- Imam Bukhari meriwayatkan dari 'Aishah r.a.106 berkata:

واستأجر النبي صلى الله عليه وسلم وأبو بكر رجلا من بني الديل وهو على دين كفار قريش

Maksudnya: Nabi S.A.W. dan Abu Bakar pernah mengupah seorang lelaki dari dari Bani al-Daiyl sebagai juru pandu jalan walhal dia beragama orang kafir Quraish"

Hadith ini merakamkan bahawa kepakaran yang ada di kalangan orang bukan Islam telah diekploitasikan oleh Rasuluilah s.a.w. dengan penuh bijaksana sehingga la menguntungkan pihak Islam.

Ikuti sambungan hujjah yg ke 3........ok

Monday, February 25, 2008

CALON BUKAN ISLAM

KEDUDUKAN NON-MUSLIMSEBAGAI CALON PILIHANRAYA.

MUKADIMAH.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد...
Segala puji bagi Allah S.W.T., tuhan yang mencipta manusia berbangsa-bangsa dan berpuak-puak bertujuan untuk berkenal-kenalan di antara satu sama lain. Dialah tuhan yang mencipta manusia dengan tabiat-tabiat semula jadi, hitam dan putih, kerinting dan lurus, cantik dan hodoh, semata-mata membuktikan bahawa manusia bukan dicipta oleh manusia.

Selawat dan salam, ke atas nabi junjungan yang membawa petunjuk ilahi dan rahmatnya melalui agama yang suci daripada ilahi. Bukan untuk bangsa arab sekalipun baginda daripada bangsa tersebut, bukan untuk kepentingan Quraish sekalipun baginda daripada keturunan tersebut. Tetapi agama ini adalah untuk semua, sama ada bangsa arab atau bukan arab, sama ada berkulit hitam atau berkulit putih, sama yang tinggal di hulu atau yang tinggal di hilir, sama ada yang dilahirkan di timur atau di barat, utara atau selatan.

Justeru Islam adalah agama untuk kebahagian semua, tidak kira sama ada muslim atau non muslim. Perundangan dan sistem Islam bukan dicipta oleh manusia, bahkan perundangan dan sistemnya telah wujud sebelum wujudnya manusia itu sendiri justeru sumbernya adalah al-Quran yang merupakan kalam Allah S.W.T. yang qadim, tiada permulaan. Realiti ini merupakan jaminan bagi ketulenan Islam daripada di pengaruhi oleh unsur-unsur kemanusiaan.

Di dalam adat manusia secara umum, realitinya tiada perkongsian kuasa dengan mereka yang tidak sealiran dengan mereka. Lihat sahaja negara komunis, mereka tidak akan memberikan peluang kepada mereka yang berfahaman demokrasi untuk turut sama di dalam pentadbiran mereka. Sama juga dengan negara demokrasi, mereka tidak akan memberikan peluang lansung kepada mereka yang berfahaman komunis untuk terlibat sama di dalam pentadbiran negara mereka. Golongan majoriti yang menjadi pemerintah juga tidak akan berkongsi kuasa dengan golongan minoriti. Tiada satupun negara-negara di dunia sekarang yang berkongsi kuasa atau memberikan kuasa kepada umat Islam yang menjadi minoriti dalam negara mereka.

Agama Islam adalah agama yang bermula daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah kepada sebesar perkara termasuklah juga sistem pemerintahan negara. Jika Islam mencapai kemenangan, adakah orang-orang bukan Islam boleh mencorakkan negara Islam yang majoritinya adalah orang Islam? Sebagaimana negara-negara yang bukan Islam, apabila sesuatu bangsa atau fahaman menjadi majoritinya, maka bangsa dan fahaman lain yang minoriti tidak diberikan peluang untuk mencorakkan negara tersebut. Orang Islam yang menjadi minoriti di Amerika sebagai contoh, tidak boleh menuntut kerajaan rusia menjalankan hukum hudud, tidak boleh mendesak kerajaan menghapuskan riba, sama sebagaimana di negara-negara barat dan lain-lainnya. Jika sistem pemerintahan negara demokrasi tidak membenarkan orang berfahaman komunis mencorakkan polisi negara mereka, untuk apa kita merasa hairan jika kita akan dapati natijahnya kajian ini, orang yang bukan Islam tidak dibenarkan memegang portfolio-portfolio penting yang boleh mencorakkan polisi negara Islam. Ini kerana, Islam bukan seperti agama-agama lain yang berbentuk ritual, tetapi Islam adalah agama yang terkandung di dalamnya sistem pemerintahan negara. Oleh sebab itu, Islam bertembung dengan sistem pemerintahan demokrasi, bertembung dengan sistem pemerintahan komunis, kerana ia juga adalah sistem pemerintahan negara. Tidak sama dengan agama lain, ia tidak bertembung dengan sistem demokrasi dan sistem komunis kerana ianya bukan sebagai sistem negara, tetapi ianya adalah agama yang hanya berbentuk ritual sahaja. Dalam realiti yang tenggelam ini, dalam keadaan umat Islam kehilangan model negara Islam, persoalan-persoalan berkenaan perkongsian kuasa adalah sesuatu yang banyak menjadi tanda tanya. Terutamanya penglibatan non-muslim sebagai calon di dalam pilihanraya bagi mewakili parti Islam. Di sana terdapat banyak pendapat-pendapat ulama semasa berkaitan isu ini. Ada yang datang daripada berbagai-bagai negara sama ada demokrasi ala-Amerika, demokrasi ala-komunis, hatta ulama-ulama yang berada di dalam negara yang masih bersistemkan monarki ala-demokrasi. Justeru itu, ada yang mengharuskan secara mutlak, ada yang mengharamkan secara mutlak, ada yang menganggap kedudukan Wakil Rakyat di dalam negara demokrasi sama sebagaimana kedudukan Wizarah al-Tanfiz dalam sistem khalifah.

Dalam merungkaikan jawapan kepada persoalan ini, kita perlu merujuk kepada al-Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W. Untuk mencapai hakikat ini, kita perlu memahami apakah garis panduan nas yang menjadi kayu ukur kepada ulama-ulama dahulu dan sekarang. Adalah tidak tepat untuk mengambil natijah tanpa mendalami alasan-alasan syara' yang diketengahkan oleh mereka, kerana kadangkala natijahnya berlainan tetapi nas dan sebabnya adalah sama. Hal ini sama seperti hukum menembak burung ciak menggunakan senapang (بندقية), ulama dahulu mengharamkan secara mutlak tetapi ulama sekarang mengharuskannya. Sekalipun natijahnya berlainan, tetapi hakikatnya sama, iaitu kembali kepada syarat ketajaman senjata yang digunakan justeru peluru senapang di zaman dahulu tidak bersifat tajam dan peluru senapang sekarang adalah sebaliknya. Perlu difahami, kertas ini mengskopkan perbahasan hukum sama ada harus atau sebaliknya. Ia tidak mengskopkan sama ada wajar atau tidak, sesuai atau tidak sesuai dan maslahah atau tidak maslahah. Sama seperti ulama terdahulu membahaskan berkenaan hukum memakan zirafah dari sudut hukum sama ada harus atau tidak. Bagi yang berpandangan harus tidaklah bermakna wajib memakannya. Terpulang kepada individu tertentu sama ada ingin memakannya atau tidak. Sama dengan topik ini, perbahasannya ialah, sama ada harus atau tidak melantik bukan Islam sebagai calon pilihanraya bagi pihak parti Islam dalam konteks malaysia. Jika kita berpendapat harus, maka keharusan itu tidak mewajibkan mengambil bukan Islam sebagai calon. Justeru itu, perbahasan hukum sama ada harus atau tidak perlu diserahkan kepada ulama dan mereka-mereka yang berkelayakan untuk membahaskannya. Seterusnya, jika keputusannya adalah harus, maka terpulang kepada peringkat akar umbi dan anggota parti untuk membahaskan sama ada wajar atau tidak, perlu atau sebaliknya melantik orang bukan Islam mewakili parti Islam di dalam pilihanraya di Malaysia.

Dua sudut ini (hukum dan kewajaran) perlu diasingkan supaya perbincangan dari sudut keperluan dan kewajaran tidak dianggap sebagai hukum yang putus oleh umum di dalam parti. Metodologi yang perlu digunakan bagi menghuraikan persoalan mencalonkan non-muslim bagi pihak parti Islam adalah seperti berikut:

1. memahami sistem pemerintahan khilafah dan dalil kepada pandangan ulama dahulu berkaitan penglibatan non-muslim di dalam sistem khilfah.

2. memahami nas dan hujah yang dikemukakan oleh ulama dahulu dan sekarang.

3. membuat pengkategorian dan analisa berkenaan kedudukan sebenar wakil rakyat dan kesannya kepada umat Islam dalam kontek negara Malaysia.

Terpenting untuk mencapai natijah sebenar dalam realiti kita ialah mengetahui hakikat dan kedudukan sebenar Wakil Rakyat dalam konteks pemerintahan dan sistem di Malaysia terutamanya dari sudut bidang kuasa, cara perlantikan dan kesannya ke atas umat Islam. Ini berdasarkan kepada kaedah usul:

الحكم على شيء فرع عن تصوره

Maksudnya: Hukum sesuatu perkara bergantung kepada gambarannya yang sebenar (hakikat perkara tersebut).

Daripada sini, kita berkemungkinan akan menemui natijah yang berlainan dengan sebahagian ulama, tetapi dalil dan alasannya adalah sama. Semoga kajian ini dapat memberikan sumbangan kepada perjuangan Islam.

- Haji Zaharuddin Muhammad.

BAHAGIAN SATU.

STRUKTUR PEMERINTAHAN DI ZAMAN KHALIFAH DAN PERBANDINGANNYA DENGAN MALAYSIA.

PEMBAHAGIAN PORTFOLIO DI DALAM SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM YANG LAMPAU.

Khalifah tidak mampu menjalankan tugas yang diamanahkan oleh Allah S.W.T. seorang diri dan terpaksa melantik pembantu-pembantu beliau. Pembantu-pembantu yang dianggap sebagai wakil khalifah dalam pengurusan Negara diwujudkan bagi melicinkan pentadbiran kerajaan sebagaimana menurut Imam Mawardi.( ) Beliau telah membahagikan bidang kuasa wakil kepada Khalifah kepada empat bahagian:( )

1. Penguasaan umum di dalam tugas-tugas umum : golongan yang memegang jawatan ini digelar sebagai wuzara' atau menteri-menteri. Mereka digelar dengan gelaran ini (wuzara') kerana perkataan wuzara' bererti memikul, iaitu memikul sebahagian tugas Khalifah secara umum tanpa terdapat skop dan pengkhususan.( )

2. Penguasaan umum di dalam tugas-tugas khas: golongan yang memegang jawatan ini dikenali sebagai Amir atau Gabenor sesuatu kawasan dan negeri. Mereka mempunyai kuasa umum tetapi terbatas setakat sesuatu wilayah dan kawasan yang berkaitan sahaja.

3. Penguasaan khusus di dalam tugas-tugas umum: golongan ini terdiri daripada Ketua Qadhi, Ketua Tentera, Penjaga Sempadan, Pengutip Zakat dan lain-lain. Mereka diberikan kuasa khas (kuasa tertentu) untuk dilaksanakan terhadap orang ramai.

4. Penguasaan Khusus di dalam tugas-tugas khas: Mereka seperti Qadhi kawasan atau negeri, Pengutip Zakat di sesuatu kawasan atau negeri dan lain-lain. Mereka mempunyai tugas khusus di tempat-tempat yang khusus.


TUGAS-TUGAS PENGUASA.

1. KEMENTERIAN. الوزارة

Para sahabat nabi adalah pembantu-pembantu kepada nabi S.A.W. di dalam menguruskan Negara. Perkara ini berterusan di zaman pemerintahan Khulafa' Al-Raasyidin dan di zaman pemerintahan Umawi. Di zaman Abbasiah, istilah الوزارة atau kementerian diguna pakai. Imam Al-Mawardi menerangkan di dalam kitabnya الأحكام السلطانية berkenaan tugas-tugas kementerian. Beliau membahagikan kepada dua bahagian: iaitu Wizarah Tafwidh dan Wizarah Tanfiz.

1. Wizarah al-Tafwidh: golongan yang memegang portfolio ini adalah orang yang diberikan kuasa oleh khalifah untuk mentadbir urusan-urusan negara mengikut pandangannya serta melaksanakan sesuatu perkara berpandukan kepada ijtihadnya. Berpandukan ikhtisas dan syarat-syaratnya, Wazir al-Tafwidh dianggap pemimpin yang berkuasa penuh (ولاية عامة) dalam kerajaan yang menjalankan pentadbirannya mengikut budi bicara dan ijtihad serta memiliki segala kuasa yang dimiliki oleh Khalifah kecuali di dalam tiga perkara sahaja.( ) Seterusnya Wazir al-Tafwidh bertanggungjawab sepenuhnya di hadapan khalifah di atas setiap tindakannya. Meskipun dengan kuasa yang luas itu, khalifah masih berkuasa penuh ke atas kerajaan kerana pada asalnya amanah pemerintahan ini hanyalah diserahkan kepada khalifah sahaja. Seliaan khalifah ke atas setiap tindakan Wazir al-Tafwidh adalah untuk mengelakkan polarisasi kuasa.( ) Berdasarkan kuasa dan pengaruh besar yang terdapat pada Wazir al-Tafwidh, Imam al-Mawardi meletakkan syarat-syarat kelayakan untuk memegang portfolio ini sama seperti syarat untuk memegang jawatan khalifah kecuali syarat berbangsa Quraish.

2. Wizarah al-Tanfiz: golongan yang memegang portfolio ini hanyalah mempunyai kuasa untuk melaksanakan segala arahan khalifah dan kerajaan sahaja. Ia tidak memiliki sebarang kuasa pentadbiran yang boleh mentadbir berdasarkan budi bicara sendiri seperti Wazir ini hanya berperanan sebagai perantaraan di antara khalifah dan rakyat yang mewartakan perintah kerajaan kepada rakyat dan menyampaikan pula kehendak rakyat kepada kerajaan. Berdasarkan kedudukan seperti ini, maka syarat Wazir al-Tanfiz tidak terlalu ketat, bahkan syarat-syaratnya hanyalah berkaitan dengan akhlak dan pengalaman seperti amanah, bercakap benar, tidak tamak haloba, profile yang baik dengan masyarakat, ingatan yang kuat, pintar dan tidak mengikut hawa nafsu.Menurut Imam al-Mawardi dan Abu Ya'la, terdapat kelonggaran dari segi syarat Wazir al-Tanfiz di antaranya ialah jawatan ini boleh dijawat oleh individu bukan beragama Islam.

Daripada perbincangan di atas, dapatlah ditegaskan bahawa jika dilihat dari segi perlantikannya, kedua-dua jawatan tersebut merupakan pembantu kepada khalifah bagi menguruskan pentadbiran kerajaan. Namun begitu, jika ditinjau pula dari segi ikhtisas dan kuasa, Wazir al-Tafwidh merupakan menteri berkuasa penuh sementara Wazir al-Tanfiz tidak memiliki sebarang kuasa untuk mengeluarkan perintah, apatah lagi terlibat di dalam membuat keputusan dan penggubalan polisi kerajaan bersama-sama khalifah. Kuasa yang beliau miliki hanyalah kuasa terbatas (ولاية خاصة).( ) Malah menurut Imam Ahmad al-Mubarak, pengertian sebenar wazir atau menteri mengikut ertikata yang sebenar tidak terdapat pada Wazir al-Tanfiz menurut pengertian yang dihuraikan oleh al-Mawardi dan Abu Ya'la.( ) Berdasarkan syarat-syarat di atas, dapatlah dinyatakan bahawa syarat Islam merupakan pra syarat utama bagi setiap jawatan kerajaan. Ulama bersepakat bahawa pemegang jawatan-jawatan yang berkuasa penuh seperti jawatan Khalifah dan Wazir al-Tafwidh mestilah beragama Islam begitu juga dengan Wazir al-Tanfiz. Namun begitu, al-Mawardi dan Abu Ya'la memberikan kelonggaran kepada syarat Wazir al-Tanfiz dengan membolehkan orang bukan Islam menjawat jawatan tersebut. Sebagai kesimpulannya, ruang penglibatan bukan Islam hanya berlaku di dalam jawatan Wazir al-Tanfiz bukannya Khalifah dan Wazir al-Tafwidh.

2. AMIR ATAU GABENOR KAWASAN DAN NEGERI.


Kawasan pemerintahan Islam semakin meluas di zaman Saidina Umar al-Khattab yang menyebabkan berlaku pembahagian pentadbiran yang besar. Negara Syam dibahagikan kepada dua bahagian wilayah dan kawasan, Parsi dan Afrika dibahagikan kepada tiga wilayah dan kawasan. Setiap wilayah dan kawasan ini diperintah oleh seseorang yang digelar Amir atau Wali atau Gabenor. Di zaman Bani Umayyah, perluasan kawasan Islam berlaku dengan lebih pesat. Dan orang-orang Arab masih berpegang dengan sistem ini disamping berlaku beberapa perubahan kecil di dalam pentadbiran. Perkembangan ini menyebabkan para Fuqaha' di zaman itu membuat kajian-kajian (ijtihad) baru berkenaan tabiat dan hakikat wilayah-wilayah dan kawasan-kawasan baru bagi meletakkan hukum-hakam berkaitan dengannya. Justeru itu, para fuqaha terdahulu meletakkan pembahagian wilayah dan kawasan ini kepada dua bahagian, iaitu al-Imarah al-'Aammah (الإمارة العامة) dan al-Imarah al-Khaassah (الإمارة الخاصة). Adapun al-Imarah al-'Aammah ia beerti penguasaan penuh seseorang Amir atau Gabenor terhadap wilayah atau kawasan tertentu, sama ada penguasaan dari sudut keamaan, pertahanan, penghakiman dan urusan kewangan. Adapun al-Imarah al-Khaassah, kuasa Amir atau Gabenor terhad kepda bidang-bidang tertentu. Imam al-Mawardi mengkhusukan bidang kuasanya terhadap hal ehwal keamanan dan pertahanan. Apa yang perlu diperhatikan ialah, al-Imarah (الإمارة) atau pemerintahan kawasan dan negeri di zaman awal Islam adalah adalah pemerintahan berkuasa penuh dan tidak berpusat. Kemudian bentuk ini mula berubah sedikit demi sedikit disebabkan perluasan kawasan pemerintahan Islam dan perkembangan pengurusan dan pentadbiran Negara. Di zaman Saidina Umar sebagai contoh, pada peringkat awal beliau melantik Amru bin al-'Aash sebagai penguasa penuh (الإمارة العامة) di Mesir. Kemudian, Khalifah Umar telah melantik Abdullah bin Abi Sarah untuk mengutip kharaj. Kemudiannya Khalifah Umar melantik pula Kaab bin Suar sebagai Qadhi bagi menyelesaikan pertelingkahan rakyat. Akhirnya, bidang tugas Amru bin al-Aash hanya tertumpu kepada pengurusan askar dan imam solat.( ) Imam Sayuti menyebut, syarat kelayakan untuk menyandang jawatan Amir atau Gabenor wilayah dan negeri ini sama sebagaimana syarat untuk menyandang jawatan Wazir al-Tafwidh.( ) Justeru itu, Islam adalah pra syarat utama untuk perlantikan Amir atau Gabenor wilayah atau negeri yang berada di bawah pemerintahan Islam.

Sambung .......bahagian kedua.....jangan ketinggalan...

Saturday, January 19, 2008

Muharam Dan Kaitannya Dengan Hijrah Rasul

Assalamulaikum...Sempena bulan Muraham ini mari sama-sama kita merenung hadis yang menceritakan tentang kelebihan bulan Muharam antaranya :

:عن أبي قتادة رضي الله عنه قال : سُئل النبي صلى الله عليه وسلم عن صيام يوم عاشوراء ، فقال : إني أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله . رواه مسلم

Daripada Abi Qotadah telah berkata : Nabi pernah ditanya tentang puasa hari Asyura'.Lalu Nabi menjawab : Sesungguhnya aku mengharap atau menganggap bahawa Allah akan mengampunkan dosa tahun yang sebelumnya...

Sempena Puasa

Bersyukur kepada Allah kerana telah menyelamatkan Nabi Musa dan kaumnya daripada Firaun dan tenteranya pada hari Asyura'

Peringkat Puasa Hari Asyura'

1.Paling sempurna berpuasa sebelum hari Asyura'(9 Muharam),hari Ayura'(10 Muharam) dan selepasnya (11 Muharam)

2.Peringkat kedua berpuasa hari 9 Muharam dan 10 Muharam

3.peringkat terakhir berpuasa hari 10 Muharam sahaja.


Muharam kaitanya dengan Hijrah

Apabila datangnya bulan Muharam sering kali umat islm seluruh dunia menyambut maal Hijrah.Apakah kaitanya?Adakah Hijrah Rasulullah ke Madinah berlaku pada bulan Muharam?
Mengikut sejarah penghijran Rasulullah ke Madinah ia tidak berlaku pada bulan Muharam bahkan berlaku pada bulan yang lain(sila rujuk dalam buku Assirah Annabawiyyah karang Al-Bouty)......Sebanarnya ader peristiwa yang menjadikan bulan Muharam tarikh permulaan tahun islam...Orang Arab ketika itu hanya menggunakan bulan-bulan tetapi tidak ada permulaan tahun dan takwin...

Ada satu riwayat lain yang mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As'ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a minta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya. Maka dengan ini beliau (Umar r.a) mahukan satu kalendar / taqwim Islam yang khas untuk menyelaraskan dan menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu.Lalu beliau bermesyuarat dengan sahabat-sahabat yang lain dalam menentukan tarikh permulaan takwin islam untuk jajahan beliau dan umat islam seluruh dunia...Ada yang berpandangan untuk mengambil takwin Rom,ada juga berpandangan untuk megambil takwin parsi,ada juga berpandangan untuk mengambil bersempena dengan perlantikan Nabi dan ada juga berpandangan untuk mengambil sempena peristiwa besar iaitu hijrah...Sehingga Saidina Umar memilih peristiwa hijrah kerana hijrah itu memisahkan di antara hak dan batil...

Sikap tawado' Saidina Umar sebagai pemimpin islam ketika itu tidak menggunakan kuasanya atau pandangan beliau sahaja tanpa bermesyuarat berbeza pemimpin zaman sekarang suka menggunakan pandangannya tanpa bermesyuarat dan bermegah dengan pandangannya agar dicatat dalam sejarah.....

Antara sebab peristiwa Hijrah dipilih sebagai sempena tahun baru islam Muharam ialah kerana bermulanya Rasulullah dan sahabat-sahabat berazam dan mengatur langkah untuk berhijrah dari Mekah pada bulan tersebut sehingga la berlaku baiah bersama dengan orang2 Ansar dari Yathrib di musim haji....Banyak baiah2 yang dibuat ketika peristiwa hijrah antaranya utk mempertahankan Nabi,janji setia,beramal amalan soleh,meninggal amalan dosa dan lain lain lagi...Menunjukkan pengajaran daripada peristiwa Hijrah itu besar iaitu membuat perubahan ke arah lebih baik atau dari kebatilan kepada kebenaran....

Bulan Muharam juga adalah bulan selepas Zulhijjah di mana selepas umat islam melakukan ibadat haji di Mekah sudah pasti mereka ini masing-masing membuat perjanjian dengan Allah untuk hidup lebih baik daripada sebelum-sebelum ini..Selepas balik daripada taubat dan azam baru untuk dilaksanakan sudah pasti bulan berikutnya sangat sesuai dijadikan tahun baru islam iaitu Muharam sebagai langkah untuk meneruskan kehidupan baru yang lebih terbaik ... Sebab itu Saidina Umar memilih peristiwa Hijrah sebagai sempena menyambut tahun baru islam supaya umat islam mengambil pengajaran daripada peristiwa hijrah yang penuh dengan perubahan ke arah kebaikan dan membuat azam baru untuk menjalani hidup lebih cemerlang.....

Di awal Hijrah ini sama-sama la kita berazam untuk menjalani hidup baru agar hidup kita akan datang lebih baik daripada sebelum-sebelum ini....Daripada malas nak sembahyang kepada rajin bersembahyang,daripada malas buat kerja-kerja kebajikan kepada ringan-ringankan tulang kerana Allah, daripada kefahaman islam secara beberapa sudut kepada kefahaman islam secara menyeluruh,daripada syak terhadap agama islam yang memerintah boleh membawa kemunduran kepada keyakinan yang jitu bahawa tiada penyelesaian hidup di atas muka bumi ini melainkan dengan islam...

Perlu ada perubahan,perlu ada janji untuk meneruskan kehidupan yang akan datang agar lebih terbaik....Sama2 lah kita berjanji untuk diri kita,keluarga,masyarakat dan negara di awal Muharam.....Kita semua akan mati tempat tuju kita adalah Allah, tiada siapa yang akan menyelamatkan kita melainkanNYA.....

Jangan sia-siakan hidup kita berlalu tanpa ada bekalan untuk hari akhirat...Biar kita miskin tetapi kita bersama Allah,ikut perintahNYA jauhi laranganNYA daripada kita kaya atau selesa dalam masa yang sama melakukan maksiat,menyokong orang yang melakukan kezaliman sebagai contoh jikalau kita menyokong perompak dengan memberi pistol dan perompak itu menggunakannya untuk membunuh orang dan menyakiti manusia nescaya kita juga dapat saham dosa selagi mana perompok itu mengunakannya. Jikalau 4 tahun maka 4 tahun la kita berdosa...Jadi untuk kita tidak berterusan dalam keadaan berdosa macam nie,kita perlu bertaubat secara khusus dosa yang kita sokong tue dengan menyesal apa yang kita buat atau sokong dan berazam tidak akan buat lagi perkara yang sama selepas nie...

Sama sama la kita buat perubahan bersama islam...Yakin la perkara ini wahai orang-orang yang beragama islam...........Kita akan disoal kenapa tidak melakukan amal-amal islam dan menyokongnya?Adakah kita nak jawab di hadapan Allah macam nie nanti kami tak boleh kerja,nanti jadi miskin,negara tak maju dan lain lain...Beranikah saudara-saudara seislam semua???....

Takutlah api neraka,kita tak dapat lari daripada azab neraka,adakah kita boleh tahan seksaan tue?Cuba sama-sama kita renung betul-betul untuk kehidupan abadi kita di akhirat....Jangan besar-besarkan kehidupan dunia....Buat la perubahan bersama islam..