Tuesday, June 19, 2007

JADUAL WAKTU CUTI

Assalamualaikum Sahabat-sahabat budiman...

Alhamdulillah hampir semua pelajar Al-Azhar dah selesai menempuh peperiksaan fasal ke dua untuk sesi 2006/2007 moga-moga kejayaan milik kita semua amin...

Masing-masing merasa lega setelah hampir sebulan berhempas pulas memerah otak untuk menghadapi peperiksaan dan sekarang tiba masanya waktu cuti musim panas...Senyum melebar masing-masing apabila tiba cuti.....macam-macam ader perancangan untuk menghabiskan waktu cuti masing-masing ....ader yang nak pi berkelah,berjaulah,melawat tempat-tempat bersejarah,buat umrah,ziarah-ziarah dan lain-lain lagi...



Tapi ingat sahabat-sahabat waktu cuti inilah peluang keemasan untuk kita melengkapkan diri sebagai daie sebelum berpijak di bumi yang nyata(Malaysia)...Adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi masyarakat???Persoalan ini perlulah ditajdidkan dalam benak fikiran kita masing-masing agar waktu yg berharga dapat diisi dengan penuh berhati-hati...



Marilah kita mengatur jadual cuti musim panas kita dengan baik....apa yang perlu kita buat dari Subuh hingga ke Zohor,dari Zohor hingga ke Asar,dari Asar hingga ke Maghrib,dari Maghrib hingga Isyak dan dari Isyak hingga ke Subuh.....Sama-sama kita kongsi jadual cuti kita...



Subuh hingga Ke Zohor...



Oleh kerana kita dah biasa tidak tidur pagi lantaran peperiksaan baru-baru ini,maka marilah kita ubah amalan kita yang tidur pagi dengan mengisi perkara-perkara berfaedah...Ikutlah apa-apa aktiviti yang sesuai dengan sahabat-sahabat....Jom kita kongsi jadual....


  • Berzikir,membaca Al-Quran & menghafaz paling kurang 1 maqra'.....gunakan kecerdasan otak kita untuk menghafaz lagi pun otak kita nie masih cergas akibat daripada kesan peperiksaan baru-baru nie....

  • Beriadah

  • Mengikuti kelas-kelas ilmu BKAN @ DPMI masing-masing jika ada...atau study buku-buku yg kita rasa masih kurang menguasainya lebih-lebih lagi Feqh,Tauhid Dan Akhlak(Tasauf) atau dengar CD pengajian..kalau bolah kita baca bab-bab yang tak pernah dibaca sebelum nie atau dah pernah cuma nak peringat kembali....lebih cantik lagi buat secara berkumpulan dengan ahli bait masing-masing...Ilmu kalau dibincang ia lebih matang...

  • Tidur Qoilulah

Zohor Hingga Ke Asar

  • Membaca Al-Quran sekurang-kurang 1 maqra' ia adalah sangat penting kerana sumber utama orang islam moga-moga kita mendapat berkat,petunjuk,ilham,iman yang kental dan pahala...ulama' dahulu menjadikan Al-Quran teman harian..contohilah mereka...

  • Membaca keratan-keratan akhbar atau mendengar berita-berita tempatan dan dunia.Kalau boleh kita cuba cari jalan penyelesaian terhadap berita-berita yang berbentuk masalah dan mendepani isu-isu semasa...

Asar Hingga Ke Maghrib

  • Berzikir,membaca Al-Quran sekurang-kurang 1 maqra'
  • Aktiviti persatuan,usrah-usrah BKAN@DPM(Jumaat) sebagai medan latihan untuk berucap,berbincang,berkongsi pengalaman dan lain-lain lagi...
  • Ziarah menziarah sahabat masing-masing
  • Beriadhah
  • Mengikuti kelas tafaqquh jika ada.

Maghrib Hingga Ke Isyak

  • Membaca Al-Quran,mengulang Al-Quran..
  • Aktiviti persatuan.
  • Mengikuti pengajian Ilmu.

Isyak Hingga Ke Subuh

  • Membaca Al-Quran sekurang-kurang 1 maqra'
  • Menonton TV @ CD yang berfaedah.
  • Membuat artikal,edit blog@web jika ada sama ada dalam bentuk ilmiah atau biasa
  • Membaca buku-buku Haraki.
  • Aktiviti persatuan.
  • Tahajjud.

Ini sahaja contoh yang boleh sama-sama kita kongsi...semoga kita semua dapat menyusun jadual masing-masing bagi menjayakan cita-cita kita sebagai daie fisabilillah...Sahabat-sahabat penuhilah masa dengan menuntut ilmu sebaik-baiknyer,jangan sekali-kali kita berputus asa kerana itu adalah sifat orang kafir...Jangan lemah semangat untuk menuntut ilmu kerana usia kerana ramai di kalangan manusia yang menjadi ulama' walaupun bermula pada usia yang agak lanjut lantaran ikhlas kerana Allah,istiqomah dan sentiasa berdoa serta taufik daripada Allah...Bergurulah dengan mana-mana syeikh yang thiqah kerana itu merupakan sunnah ulama'2 terdahulu dan jangan rasa berpada dengan membaca tanpa berguru....Ilmu tidak akan dapat jika seseorang itu sombong, malu dan tiada kesungguhan...Tidak perlu melihat kedudukan kita macam mana yang penting kedatangan kita ke Mesir adalah menuntut ilmu bahkan di mana-mana sahaja kita berada islam menuntut kita menuntut ilmu sampailah ke akhir hayat...


Thursday, June 14, 2007

KEHIDUPAN SYEIKH AHMAD YASSIN DI PENJARA

KHADAM SYEIKH DI PENJARA

Saamir Khuwairah (wartawan www.islam-online.net) yang telah menemuramah Ir. Farid Ziadah yang pernah mendiami sel penjara bersama as-syahid Syeikh Ahmad Yassin.Ketika pihak rejim Zionis Israel memberikan peluang kepada tahanan HAMAS di penjara pusat Nablus untuk ditukarkan ke Kufr Yuna pada tahun 1994, Farid Ziadah , salah seorang aktivis HAMAS yang dipenjarakan oleh pihak rejim Zionis tidak melepaskan peluang tersebut. Ini kerana itulah sahaja peluangnya untuk bertemu dengan seorang individu yang hebat yang sentiasa beliau impikan untuk bertemu dengan individu tersebut.Ketika beliau ditemui untuk di wawancara di rumahnya di sebuah kampung yang bernama Madama di Selatan Nablus, beliau telah mengimbas kembali kenangannya bersama Syeikh Ahmad Yassin di penjara Kufr Yuna yang tidak dapat dilupakannya. Beliau telah menceritakan bagaimana sepanjang tempoh beliau bersama dengan Syeikh Yassin di dalam satu sel untuk berkhidmat kepada pejuang agung tersebut dan amat berbangga dengan tempoh yang beliau habiskan untuk khidmat tersebut.Ziadah menceritakan: Ianya semua bermula apabila para tahanan HAMAS diberikan peluang untuk berpindah ke penjara Kufr Yuna di mana Syeikh Yassin tinggal. Saya tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk bertemu lebih dekat dengan Syeikh Yassin yang merupakan satu gambaran kepada mukjizat keimanan di zaman ini.Ziadah menambah lagi : Bukan hanya saya seorang sahaja yang berusaha untuk bertemu dengan Syeikh Yassin , malah ramai lagi yang terdiri daripada penyokong-penyokong dan murid- murid Syeikh turut meminta untuk bersama dengannya. Keadaan ini telah memaksa anggota- anggota HAMAS di penjara pusat Nablus untuk melakukan undi bagi memilih siapa yang layak untuk dipindahkan ke Kufr Yuna demi memberikan khidmat kepada Syeikh Yassin yang amat mereka sayangi. Ditakdirkan oleh Allah, Ziadah telah terpilih untuk tugas yang mulia tersebut.

Program seharian Syeikh Ahmad Yassin di penjara

Ziadah telah menceritakan hari-hari yang dipenuhi dengan kasih sayang, kerinduan, keimanan yang dilalui olehnya bersama dengan Syeikh Yassin dan juga keperitan yang dialaminya ketika berpisah dengan Syeikh tersebut, walaupun perpisahan tersebut adalah untuk pembebasannya dari penjara. Jika anda ingin memperkatakan tentang Syeikh Yassin, anda akan memperkatakan tentang program -program hidupnya yang padat, dan seolah-olah tubuhnya yang lemah itu bukanlah bekas untuk menampung ruh dan jiwanya yang besar dan aktif tersebut.Beliau mengatakan : Beliau sentiasa bangun pada pukul 3 pagi untuk bertahajjud, membaca al-Quran sementara menantikan solat Subuh

Al-Quran sentiasa menjadi teman karib Syeikh Ahmad Yassin

Waktu-waktu selepas solat Subuh beliau habiskan untuk bersama dengan tuhannya dengan membaca al-Quran. Waktu-waktu tersebut seolah- olah melupakan beliau terhadap kesempitan hidup beliau di penjara dan membuka keluasan rahmat Allah di hadapannya. Aktiviti tersebut berterusan sehinggalah pintu sel dibuka untuk para tahanan keluar untuk bertemu di antara satu dengan lain di dalam kawasan penjara.Waktu tersebut digunakan oleh Syeikh untuk mengambil udara segar dan bertemu dengan para tahanan yang lain. Ziadah dan juga rakan- rakan yang lain memapah Syeikh yang ingin bersama dengan para tahanan lain yang melakukan riadah. Ia menunjukkan seolah-olah Syeikh tidak mahu menyerah dengan lumpuh yang dihadapinya, dan seolah-olah beliau ingin membuktikan kepada pegawai-pegawai penjara bahawa beliau tetap bertenaga dan tidak akan menyerah kalah.Kami juga akan mengurut dan menggerak- gerakkan sendi-sendi Syeikh sebagai salah satu daripada rawatan terapi untuk tubuhnya yang lumpuh itu, dan kami bagai dapat merasakan darah yang mengalir itu terkandung di dalamnya semangat perjuangan yang tidak akan terpadam. Selepas itu kami akan masuk semula ke dalam sel, di mana Syeikh akan berwudhu dan bersolat dhuha, sambung beliau.

Perpustakaan yang intensif di dalam sel yang kecil

Selesai sahaja solat, Syeikh akan mengkhususkan waktunya untuk ilmu. Dia akan segera dibawa ke perpustakaan mininya yang intensif dengan pelbagai buku di dalam selnya yang kecil. Beliau tidak jemu menatapi helaian-helaian buku di perpustakaan tersebut demi menajamkan pemikirannya. Menurut Ziadah, beliau bukan hanya membaca, malah daya ingatannya yang kuat telah membolehkannya menghafal maklumat hatta isi kandungan buku-buku yang dibacanya. Beliau amat menggemari buku gal-Bidayah wa al-Nihayah(buku sejarah Islam) karangan Ibnu Kathir yang mengandungi 20 jilid. Beliau juga sering meminta pembantu-pembantunya untuk menguji ingatan dan hafalannya terhadap apa yang beliau dapat dari buku tersebut. Lebih menarik lagi, beliau ingatkan muka surat yang terkandung di dalamnya maklumat yang beliau telah baca.Selesai aktiviti keilmuan, beliau akan bersolat Zohor bersama dengan pembantu- pembantunya, dan akan tidur selepas itu selama sejam, dan apabila beliau bangkit dari tidurnya beliau akan menghabiskan waktu menonton rancangan berita televisyen, mendengar radio dan juga mendengar nasyid-nasyid Islami. Beliau amat menggemari nasyid-nasyid Islami. Selepas aktiviti tersebut, Syeikh akan segera ke perpustakaannya kembali untuk membaca sehingga tiba waktu Asar. Selepas Asar beliau akan membaca al-Quran yang menjadi wirid hariannya. Selesai sahaja menghabiskan wirid-wirid tersebut, beliau aka n makan bersama pembantu-pembantunya. Mereka hanya makan makanan yang mereka masak sendiri sahaja dan bukan yang disediakan oleh pihak penjara. Selepas itu mereka keluar bersama untuk beriadah. Waktu riadah mereka diasingkan daripada waktu riadah banduan-banduan jenayah, agar mereka tidak bertemu dan tidak diganggu.Syeikh akan kembali ke selnya untuk berwudhu dan mempersiapkan diri untuk solat Maghrib bersama dengan yang lain. Usai solat Maghrib mereka akan menunaikan solat sunat sambil menantikan waktu Isyak. Selesai solat Isyak, mereka akan bertadarrus dan menyemak hafalan al-Quran mereka bersama Syeikh.

Tidak untuk bermalas-malasan dan membuang masa

Syeikh tidak sukakan keadaan santai dan bermalas-malasan pada waktu malam. Beliau juga tidak suka berjaga sehingga lewat malam. Beliau juga amat sedikit meminum teh dan tidak langsung meminum kopi. Biasanya mereka akan berehat- rehat sahaja sebelum tidur.

Semangat Syeikh Ahmad Yassin membakar sehingga kini walaupun jasadnya hancur di mamah roket rejim Zionis

Beliau juga seorang yang amat mudah mesra dan suka bergurau, tetapi tidak berlebihan. Walaupun keluarganya tidak dapat menziarahinya selalu, namun beliau tidak pula merasakan kesedihan seperti kebanyakan banduan yang sentiasa merindukan ahli keluarga mereka.Ziadah juga menceritakan bagaimana Syeikh menghidapi sakit perut dan telinganya dan sentiasa sabar menghadapinya. Telinganya juga tidak dapat mendengar dengan normal, malah para pembantunya sering memasangkan ear-phone untuk Syeikh mendengar televisyen.

Rakan penjaraku

Ziadah juga sempat menceritakan ketajaman pemikiran Syeikh Yassin dan juga keperibadiannya yang diwarnai dengan pelbagai warna politik, figur agamawan, figur intelek dan juga universalitinya. Ini semua membuatkan Syeikh mudah didampingi dan didekati oleh sesiapa sahaja.Beliau sempat menceritakan perihal gelas kecil milik Syeikh Ahmad Yassin yang kelihatan agak lama digunakan olehnya. Bila beliau menawarkan untuk menggantikannya dengan yang baru, Syeikh segera menolak dan mengatakan gelas itulah temannya di penjara semenjak dahulu lagi. Syeikh juga mengatakan saiz gelas itu sesuai untuknya menyukat bilangan air yang diminumnya seharian. Apabila dibalas oleh Ziadah bahawa beliau akan menggantikanya dengan gelas yang baru yang sama saiz dengannya Syeikh segera menjawab : gApalah untungnya menggantikan sesuatu yang lama dengan yang baru jika yang lama masih lagi elok

Perpisahan yang memeritkan

Ketika Ziadah menceritakan saat perpisahan beliau dengan Syeikh, beliau tidak dapat mengawal emosinya, dan air matanya bagaikan empangan yang pecah tanpa dapat dihalang alirannya. Kata beliau , Ketika pengurusan penjara memberitahu bahawa saya akan dibebaskan setelah selesai menjalani dua pertiga dari tempoh tahanan saya, saya langsung tidak berminat untuk keluar sepertimana halnya banduan-banduan yang lain. Saya merasakan keberadaan bersama Syeikh Yassin di dalam penjara lebih berharga buat diri saya, namun Syeikh memberikan semangat kepada saya untuk keluar dari penjara. Akhirnya saya akur dan menurut perintah Syeikh lantas keluar meninggalkan penjara tersebut.Saat pengumuman pembebasannya oleh pihak mahkamah yang sepatutnya diserikan dengan perasaan kegembiraan bertukar kepada tangisan kesedihan kerana tidak sanggup menghadapi saat perpisahan dengan Syeikh Ahmad Yassin.Seminggu sebelum tarikh pembebasannya dia berazam untuk mengumpul sebanyak mungkin ilmu dari Syeikh, namun semuanya berkecai apabila dia diperintahkan untuk dibebaskan dengan segera. Beliau walaubagaimanapun enggan meninggalkan Syeikh selagi pihak penjara tidak menghantar pembantu baru untuk Syeikh. Apabila seorang pembantu baru yang didatangkan dari penjara lain dihantar kepada Syeikh Yassin, barulah dia dapat meninggalkan Syeikh tersebut.Saat perpisahan yang dilaluinya amat sedih dan pilu dan tidak mungkin beliau melupakannya. Dia masih terbayangkan bagaimana Syeikh Ahmad Yassin telah menyuruhnya pergi selepas beliau memeluk Syeikh dan tenggelam di dalam tangisannya. Susuk tubuh Syeikh melambaikan tangannya di lapang riadah masih terbayang di dalam kotak pemikirannya sehingga kini. Perpisahan kali pertama itu tidak akan dapat dilupakan sepertimana dia tidak melupakan perpisahan kali kedua apabila tubuh Syeikh Ahmad Yassin hancur dimamah roket tentera Israel.

Syeikh yang kuat berpuasa

Bukan hanya Ziadah seorang sahaja yang pernah berkhidmat untuk Syeikh Ahmad Yassin. Sameeh Alawi, seorang anggota HAMAS dari Nablus juga pernah berkhidmat untuk Syeikh di dalam penjara selama 100 hari. Hari-hari bersama Syeikh Ahmad Yassin adalah saat-saat yang paling indah dalam hidupnya, walaupun sepanjang 100 hari tersebut mereka ditempatkan di dalam sel yang amat kecil yang tiada cahaya matahari dapat menerobos masuk ke dalamnya.Sameeh ketika menceritakan perihal Syeikh Ahmad Yassin telah mengatakan : Syeikh akan bangun pagi dua jam sebelum solat Subuh untuk menunaikan Qiyamullail. Di siang harinya pula beliau amat rajin berpuasa. Beliau tidak ketinggalan berpuasa pada setiap hari Isnin dan Khamis. Beliau juga banyak menghabiskan waktunya untuk membaca al-Quran, dan mendengarnya bersama dengan para pemuda di penjara. Syeikh membaca 3 juzuk dalam sehari dan mendengar bacaan al-Quran sejuzuk sehari. Syeikh amat gemar membaca buku al-Bidayah wa al-Nihayah, mendengar berita dan juga menonton rancangan-rancangan agama di T.V.Menurut Alawi lagi : Para pemuda di penjara berlumba-lumba untuk berkhidmat kepada Syeikh. Mereka juga gemar mendengar kata-kata dan juga nasihat-nasihat Syeikh. Walaupun beliau tidak banyak bercakap, namun kata-katanya yang sedikit itu penuh dengan hikmah dan pengajaran.Antara mereka yang pernah berkhidmat untuk Syeikh Ahmad Yassin ketika beliau di dalam penjara ialah Syeikh Diyaf al-Samur dari Ramallah, di mana Syeikh telah menulis surat kepadanya dengan menggunakan tulisan tangannya sendiri dengan penuh kepayahan. Ini kerana Syeikh amat sayangkan beliau. Antara yang lain juga ialah Syeikh Naaji Sinqrit dari Khalil (Hebron), Syeikh Sameeh Zainuddin, seorang akauntan dari Bait Lid berdekatan dengan bandar Netanya, Syeikh Nidhal Abu Saadah dari Bait Dujan, dan juga Ir. Farid Ziadah dari Madama.

Hatta pegawai penjara pun sukakan Syeikh Yassin

Syeikh bukan hanya disukai oleh para pemuda muslim yang bersama dengannya, yang lebih menarik lagi, para pegawai penjara Israel yang berketurunan Yahudi pun ada yang mengkagumi dan menyukai beliau. Antaranya ialah salah seorang pegawai penjara yang merahsiakan namanya telah mengatakan : Saya tidak melihat apa-apa pun pada peribadi Syeikh Yassin yang menunjukkan beliau seorang pengganas.Saya merasakan ketenangan dan juga berasa senang sekali jika dapat mengawalnya, hatta apabila berdiri berdekatan dengannya pun. Inilah yang mungkin dapat dirasakan oleh para pemuda yang telah berkhidmat kepadanyaBeliau menambah : Saya sentiasa mengikuti perkembangan beliau (Syeikh) di dalam penjara ketika beliau bersama rakan-rakanya. Dan saya dapat merasakan bahawa HAMAS akan mengamuk jika Syeikh ini diapa-apakan oleh sesiapa pun. Beliau adalah bapa spiritual kepada HAMAS!. (Kenyataan ini telah dinyatakan oleh pegawai berkenaan di dalam sebuah rancangan Talk Show di salah sebuah rangkaian Televisyen Israel pada malam Sabtu 3 / 4 / 2003).

Monday, June 11, 2007

KELAHIRAN YANG KE 3


Anak ke 3 kami diberi nama Syarif Mohd Daud lahir pada hari khamis 21 Jumada Al-Awwal 1428 bersamaan dengan 7 hb Jun 2007 di hospital Mabarrah Asosirah,Alex,Egypt jam 4.15 petang.
Anak merupakan punca rezeki kepada kita dan juga punca rezeki kepada pendapatan negara...sebab itu Rasulullah mengalakan umat dia memiliki anak yang ramai...Setiap kelahiran Allah telah menetapkan rezekinya,jadi kita jangan bimbang untuk rezeki mereka cuma yang penting kita perlu mengikut tuntutan agama islam dalam mentadbir keluarga dan juga negara.

Friday, June 1, 2007

ANDA TERCEKIK ?

TERCEKIK

Banyak kematian disebabkan benda yang tersekat di saluran pernafasan[tercekik] dilaporkan setiap tahun

1. SEBAB-SEBAB

Tercekik biasanya berlaku semasa makan
a] dewasa : makanan tidak dikunyah dengan ebtul dan menelannya dengan gelojah
b] kanak-kanak : memasukkan objek di dalam mulut

2. FAKTOR-FAKTOR

a] ketulan makanan besar yang tidak dikunyah dengan betul
b] gigi palsu
c] main, menangis, ketawa atau bercakap semasa makan atau ketika bendasing berada di dalam mulut

3. PENCEGAHAN

a] makanan hendaklah dipotong kecil dan kunyak perlahan-lahan
b] jangan ketawa atau bercakap semasa mengunyah makanan atau menelan
c] larang kanak-kanak daripada berjalan, berlari dan bermain semasa makan ataupun apabila terdapat benda/objek di dalam mulut
d] jauhkan benda-benda [guli, manik atau butang] daripada bayi dan kanak-kanak kecil

4. CARA MENGENAL PASTI KEADAAN TERCEKIK

a] tidak boleh bercakap
b] susah untuk bernafas
c] susah untuk batuk dengan kuat
d] bibir dan kuku menjadi kebiruan
e] pengsan

5. TEKNIK MENYELAMAT MANGSA TERCEKIK

a] pastikan mangsa boleh bercakap atau batuk. Perlu bertanya "ANDA TERCEKIK"
mangsa menunjukkan isyarat dengan memegang tengkuk di antara ibu jari dan jari telunjuk
b.1] Tekan abdoman {HEIMLICH MANEUVER]
i. berdiri di belakang mangsa dan letakkan kedua tangan anda dipinggangnya. Bongkokkan mangsa sedikit
ii. buat satu genggaman dan letakkan dibahagian atas pusat
iii. letakkan tangan yg lain ke atas genggaman tadi, tekan abdomen menggunakan genggaman tangan dengan cepat ke arah dalam dan keatas
iv. lakukan berulang-ulang sehingga bendasing yang tersekat itu keluar

b.2] Tekanan Dada
boleh dilakukan kepada mangsa yang gemuk atau mengandung
i. berdiri d ibelakang mangsa dan letakkan kedua tangan dibawah ketiak mangsa supaya mengelilingi anda
ii. tekan dengan cepat arah ke dalam

6. SALURAN PERNAFASAN TERSEKAT [bayi yg kurang 1 tahun]

a] penilaian : pastikan kesesakan pernafasan, batuk yang tidak berkesan, tangisan yang lemah dan kebiruan pada bibir serta lidah
b]pada posisi duduk, ampukan kepala dan tengkuk menggunakan sebelah tangan
c] pegang bayi dengan mukanya ke bawah kedudukan kepala lebih rendah daripada badan di atas paha anda
d] berikan 5 tepukan dengan kuat, di antara kedua tulang belikat dengan bahagian pangkal tapak tangan satu lagi
e] jika gagal, letakkan bayi diantara tangan/lengan anda dan telentangkan dia. Pastikan kedudukan kepala lebih rendah daripada badannya
f] berikan 5 tekanan dada dibahagian tengah tulang dada
g] ulang langkah [d] dan [f] sehingga bendasing

Sumber daripada :http://hanieliza.fotopages.com/