Thursday, February 28, 2008

Bahagian Ke 2

BAHAGIAN DUA.PERLANTIKAN BUKAN ISLAM SEBAGAI KEMPIMPINAN MENURUT PERBINCANGAN FUQAHA( )

SKOP PERSEPAKATAN ULAMA DAN PUNCA PERSELISIHAN.

Para fuqaha telah bersepakat di dalam beberapa perkara seperti di bawah:

1. Ijmak menegaskan ahl al-Dhimmah tidak boleh dilantik kejawatan-jawatan yang mempunyai Wilayah 'Ammah ke atas masyarakat Islam seperti al-Imamah, al-Khilafah, wizarah al-Tafwidh, perundangan, kehakiman, ketenteraan dan beberapa jawatan-jawatan yang dikelaskan sebagai al-Manasib al-Diiniyyah.

2. Berhubung dengan jawatan-jawatan di atas, fuqaha telah mensyaratkan agama Islam sebagai syarat utama kepada pemegang utama institusi kepimpinan tersebut (Wilayah 'Ammah).

Berhubung dengan penetapan syarat Islam bagi setiap jawatan Wilayah 'Ammah, para ulama telah menjelaskannya di dalam penulisan mereka. Kedudukan tersebut telah disebut secara jelas seperti Imam al-Haramain, Ibn Hazm al-Zahiri, ataupun secara mafhumnya seperti al-Baghdadi, al-Mawardi, dan Au Ya'la. Berdasarkan beberapa pandangan tersebut maka penetapan syarat Islam ini boleh dianggap sebagai ijmak atau sekurang-kurangnya Ijmak Sukuti .
Persoalan sebenar yang menjadi punca perselisihan fuqaha ialah berkenaan dengan jawatan Wazir al-Tanfiz (menteri eksekutif) yang disandang oleh rakyat bukan Islam. Selain itu, adakah beberapa jawatan lain sepertj pegawai pengurus cukai ('amil kharaj), juru tulis atau setia usaha kerajaan (katib) disamakan kedudukannya dengan jawatan Wazir al-Tanfiz dalam konteks kesemua jawatan tersebut diklasifikasikan sebagai Wilayah Khaassah.
Perselisihan ini sebenarnya timbul daripada beberapa persoalan seperti di bawah:

1. Fuqaha berbeza pendapat mengenai kuasa dan bidang tugas Wazir al-Tanfiz disifatkan samada ianya bersifat Wilayah Ammah atau Wilayah Khassah.

2. Fuqaha juga berselisih pendapat dalam membincangkan hukum meminta bantuan daripada golongan bukan Islam samada sewaktu perang atau sebaliknya. Perbincangan ini berlaku di dalam bab al-Isti'anah bi al-Musyrikin. Persoalan ini mempunyai kaitan dengan perlantikan bukan Islam sebagai Wazir al-Tanfiz kerana dalam konteks ini ia juga sama seperti menerima bantuan daripada orang bukan Islam.

PENDAPAT ULAMA TENTANG HUKUM ORANG BUKAN ISLAM MENYANDANG JAWATAN WIZARAH AL-TANFIZ.

Para fuqaha berselisih pendapat berkenaan hukum orang-orang bukan Islam menyandang jawatan wizarah al-tanfiz. Peselisihan ini boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, iaiatu kumpulan yang membolehkan dan kumpulan yang tidak membolehkan.

Pandangan Pertama

Pendapat ini membenarkan orang bukan Islam dilantik ke dalam kerajaan sebagai Wazir al-Tanfiz atau sebarang jawatan selain jawatan bersifat Wilayah 'Ammah. Aliran ini terdiri daripada kalangan beberapa orang ulama seperti al-Mawardi, Qadi Abu Ya'la, al-Khuqi, dan beberapa tokoh pemikir Islam semasa seperti Yusof al-Qaradhawi, Diya aI-Din al-Rays Muhammad Salim Madakur, Muhammad Faruq al-Nubhaani.

Antara ulama yang membenarkan pihak kerajaan menerima bantuan rakyat bukan Islam ialah Imam Ahmad bin Hambal, aI-Khurqi al-Shaafi'i, al-Auzaa'i, Abu Hanifah dan para sahabatnya.

Antara dalil-dalil yang dikemukan oleh mereka ialah seperti berikut:
1. Firman Allah yang berbunyi:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتْ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمْ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. – (Ali-Imran: 118).

Dalam menghuraikan ayat di atas, al-Syeikh Rashid Reda menegaskan larangan yang terdapat di dalam ayat ini tidak bersifat mutlak sebaliknya ia dikaitkan dengan beberapa ciri yang dijadikan sebab kenapa ia dilarang. Al-Quran menggariskan empat ciri sebagai alasan pengharamannya iaitu orang bukan Islam mempunyai hasrat untuk menghancurkan Islam, mereka suka melihat umat Islam derita, di samping sikap benci dan hasad dengki yang mendalam terhadap umat Islam di jiwa mereka. Dalam konteks ayat ini jika dipastikan bahawa jika ada di kalangan mereka yang tidak mempunyai ciri-ciri tersebut, akan dikecualikan dari skop larangan nas. Daripada penjelasan yang dikemukakan, ternyata bahawa kedudukan Wazir al-Tanfiz yang dihuraikan oleh al-Mawardl'dan Abu Yacla tidak baleh didefinisikan sebagai 'bitanah' seperti yang dilarang oleb al-Quran. Orang seperti ini bukanlah pemegang rahsia kerajaan yang mutlak sebaliknya menjadi pelaksana bagi plan tindakan yang tidakdirahsiakan lagi seperti yang dimaksudkan di dalam ayat di atas.

ii- Imam Bukhari meriwayatkan dari 'Aishah r.a.106 berkata:

واستأجر النبي صلى الله عليه وسلم وأبو بكر رجلا من بني الديل وهو على دين كفار قريش

Maksudnya: Nabi S.A.W. dan Abu Bakar pernah mengupah seorang lelaki dari dari Bani al-Daiyl sebagai juru pandu jalan walhal dia beragama orang kafir Quraish"

Hadith ini merakamkan bahawa kepakaran yang ada di kalangan orang bukan Islam telah diekploitasikan oleh Rasuluilah s.a.w. dengan penuh bijaksana sehingga la menguntungkan pihak Islam.

Ikuti sambungan hujjah yg ke 3........ok

No comments: