Sunday, November 25, 2007

Khusyu' Dalam Solat

Baru-baru ini diadakan aktiviti muzakarah berkelompok di rumah Hakim Ismail antara pakdam-pakdam di alex mengisi sisa-sisa waktu di Mesir...Muzakarah berkelompok itu adalah yg terakhir kerana bagi laluan sahabat2 yang akan menghadapi peperiksaan pasal pertama Al-Azhar... Kebetulan Naqib kumpulan menyentuh isu khusyu' dalam solat sebagai bahan perbincangan dan perkongsian pengalaman dengan anak-anak buah....walaupun isu itu tidak lah berat sangat untuk diperbincangkan tetapi ia merupakan salah satu daripada faktor utama yang menghalang seseorang itu daripada melakukan perbuataan maksiat dan kejahatan....

Dalam perbincangan malam itu ader yang menceritakan pengalaman masing2 tentang khusyu' dalam solat antaranya pernah dia bersolat subuh di Masjid secara berjemaah ketika itu berlaku di Kaherah tiba-tiba makmum(orang mesir) disebelahnya menggigil apabila mendengar ayat-ayat yang dibaca oleh Imam lalu jatuh pengsan....ader yang menceritakan semasa halaqoh zikir bersama sama dengan Syeikh Yusof Kanada tiba-tiba ader yang tidak sedarkan diri menangis-nangis sehinggalah Syeikh menenangkannya.....ader juga mencerita pengalaman mengamal zikir2 ma'thurat pagi dan petang sehingga boleh membawa khusyu' dalam solat...dlln.

Kadang2 ader juga sikit-sikit gelak ketawa di dalm majlis perbincangan malam itu lantaran ader sahabat2 membawa cerita yang agak sedikit kelakar....antaranya cerita pasal seorong yg pernah membunuh seekor kucing tiba2 dia pergi bersembahyang di Masjid lalu tak kala Imam membaca surah sehingga ayat (بأي ذنب قتلت) maksudnya" dengan dosa apakah dia dibunuh"lalu tok imam itu mengulang-ulang ayat tersebut...Makmum tadi berasa hairan kenapa tok imam nie buat cam tue....adakah imam ini nak tegur perbuatan dia yang membunuh kucing?.. lalu dia pun menjawab (بأكل سمكة قتلت) maknanya "dengan sebab makan ikan dia dibunuh" .....dan banyak lagi cerita2 yang menarik dalam perbincangan malam tue...

Antara kesimpulan atau tip-tip kekhusyu'kan solat yang dapat pada malam itu antaranya :

1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.

2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.

3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.

4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.

5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.

6. Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.

7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.

8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.

9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.

10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.

11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.

12. Mengambil wuduk dengan sempurna.

13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.

14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.

15. Menunduk pandangan terhadap wanita ajnabiah membawa kepada khusyu' dalam solat....

Solat merupakan penyejuk hati bagi Rasulullah di dunia sepertimana disebut di dalam hadis

"قرة عيني في الدنيا الصلاة"أو كما قال صلي الله عليه وسلم.
"Penyejuk mataku di duniah adalah Solat".....

Sabdanya lagi kepada Bilal bin Rabah

"أرحنا بلال بالصلاة"
"ٌRehatkan kami dengan Solat"

Walau apapun syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya. Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang.

Ada sahabat malam itu menyebut Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana Imam Ghazali menjadiakan khusyu' itu sebagai rukun solat,jikalau tidak khusyu' maka batal solatnya ....walaupun ramai ulama' tidak setuju dengan pandangan beliau(di sisi mereka khusyu' merupakan syarat solat yang diterima manakalah syarat solat yang sah tidak semestinya khusyu' sebab itulah mereka tidak menjadikan khusyu' rukun solat) sebab tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Menurutnya lagi bahawa solat itu merupakan "munajat" (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya. Sayidina Ali k.w. boleh khusyu' dalam sembahyangnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa. Sayidina Umar Al Khattab pernah berkata, "Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati."

Sama sama la kita mengambil berat tentang solat kita...Masing masing ader pengalaman hari2 yang solatnya khusyu' dgn hari2 solatnya tidak khusyu'......Jadikanlah solat itu sebagai penyejuk hati kita....Sama sama kita doakan.....Aminnnn

Macam mana pengalaman-pengalaman sahabat yang lain dalam khusyu' ?????Sama kita berkongsi......

Thursday, November 15, 2007

PENYAKIT MUSIM SEJUK DI PERLEMBAHAN NIL

Bila putaran musim berubah dari cuaca panas yang terik kepada musim sejuk yang membeku, ini menandakan musim sejuk di bumi anbia’ ini sudah bermula. Di dalam menangani musimsejuk ini, apakah persediaan yang telah anda alakukan bagi menghadapi ketibaannya ?

Ketahuilah wahai saudara ! Perubahan cuaca di sini banyak mempengaruhi kesihatan seseorang individu. Pada masa itu, kuman-kuman dan bacteria-bakteria yang berada di dalam udara yang berhabuk semakin bertambah aktif, segala kotoran melalui pencemaran udara ini sampai kepada kita melalui pernafasan, minuman dan pemkanan. Lantaran itu, memungkinkan kita terdedah kepada berbagai jenis penyakit yang memerlukan kita prihatin dan kita mengambil langkah-langkah keselamatan di dalam menghadapi risikonya.

Di bawah ini diperturunkan beberapa jenis penyakit yang sentiasa menimpa di kalangan masyarakat pelajar di Perlembahan Nil ini.

1. SAKIT KERONGKONG

Penyakit ini banyak berpunca dari pengambilan barang makanan atau sayuran yang tidak dibasuh atau air yang tidak dimasak. Gejala ini memungkinkan benda-benda tersebut terdedah kepada habuk-habuk, parasit-parasit serta kuman-kuman virus yang membahayakan kesihatan. Kuamn-kuman tersebut akan menyerang saluran tenggorok yang mengandungi gegendang suara yang mana tali-talinya sangat sensitif. Bila situasi ini berlaku ia akan mengakibatkan kerosakan pada gegendang suara : Tali-tali suara akan rasa sakit, bengkak dan perit di samping ia menyebabkan penyakit-penyakit yang lain seperti batuk-batuk, bengkak-bengkak di bahagian mulut, lidah, gusi serta selsema.

2. SEMPUT DAN SAKIT DADA

Ia merupakan satu bentuk penyakit yang berlaku hasil perubahan cuaca. Pada permulaan musim sejuk habuk-habuk yang mengandungi kuman-kuman virus, bacteria-bakteria dan kulat-kulat parasit berterbangan di udara. Keadaan menjadikan kuman-kuman tersebut bertambah aktif. Apabila pernafasan berlaku di udara yang sebegini menjadikan si penyedutnya akan mengalami semput-semput dan sakit dada. Penyakit boleh terhasil melalui hama-hama dan kulat-kulat yang terdapat pada bulu-bulu binatang, kuku-kuku burung yang terpindah kepada manusia melalui pernafasan.

Gejala-gejala ini banyak menimpa kanak-kanak yang masih bayi. Para ibu yang bijak hendaklah mengambil sekadar mungkin jenis kawalan bagi memastikan anak-anak terhindar daripada penyakit tersebut :

2.1 Hendaklah memastikan semua tingkap sentiasa tertutup sewaktu bakteria-bakteria, kuman-kuman virus mula bergerak aktif.

2.2 Hendaklah memakaikan anak-anak mereka pakiaan-pakaian yang tebal.

2.3 Memastikan tidak di timpa rasa penat kerana rasa penat pada anak itu boleh menyebabkan sesak nafas dan dada.

3. TERKENA PENYAKIT SINUSITIS

Sinusitis ialah radang enflamasi pada membran mukus yang melapik sinus. Sinus ialah rongga-rongga udara yang terdapat di tulang-tulang pipi. Jenis radang ini adalah akibat serangan pendek yang mungkin akibat dari jangkitan virus di rongga-rongga sinus yang terhasil dari pernafasan yang berlaku sebelum itu. Lanjutan dari serangan ini akan mengakibatkan selsema, kepala rasa berdenyut, hidung rasa tersumbat, hingus atau cecair aakan mengalir serta sendi-sendi di sekitar muka akan terasa sakit.

Kesan atau implikasi utama serangan ini, apabila bacteria-bakteria merebak ke dalam sinus yang tersumbat itu, ia akan mengeluarkan hingus yang berwarna kekuningan, kesakitan akan bertambah serta kulit yang meliputi bahagian mata dan pipi akan menjadi merah dan bengkak. Penyakit jenis ini memerlukan rawatan antibiotik.

4. TERDEDAH KEPADA PENYAKIT RHEUMATISM

Pada waktu musim sejuk, sesetengah penyakit yang bersangkutan dengan tulang dan sendi-sendi akan terjadi. Udara sejuk pada umumnya akan menambahkan rasa kesakitan terhadap pesakit ini akibat dari kesan-kesan udara sejuk terhadap anggota badan.
Kekadang kesakitan dan penyakit ini berlaku tanpa tanda-tanda awalan. Di dalam beberapa detik serangannya, sendi-sendi pesakit terasa ngilu dan menyucuk-nyucuk, lalu menjalar ke anggota sendi yang lain dan ketegangan di sekitar sendi-sendi pun berlaku.

4.i Faktor-faktor penyebab penyaki ini :

i) Tidak prihatin atau lalai terhadap setiap jenis penyakit dan kemungkinan-kemungkinan yang akan terjadi serta cara mencegahnya.

ii) Terdedah kepada cuaca sejuk yang merbahaya. Sesetengah pesakit tidak mengambil berat di dalam menjaga kesihatan diri, bahaya cuaca serta pencemaran udara. Dari udara yang tercemar membuatkan badan dimasuki udara sejuk yang mengakibatkan sendi-sendi dan tulang-tulang rasa sengal, sakit-sakit dan ngilu.

iii) Tidak mengeringkan kesan air yang mengenai anggota badan terutamanya di bahagian kepala. Ini akan mengakibatkan sakit-sakit di bahagian kepala, bias-bisa dibahagian urat saraf serta bahagian otak

4.2 Bahaya dan kesan-kesannya :

i) Lanjutan dari penyakit ini akan menyebabkan pula penyakit rheumatoid.

Penyakit ini berlaku dari rasa ketegangan dan sakit-sakit di bahagian hujung-hujung sendi, seperti di hujung-hujung jari, dua tangan, dua lutut, kaki, siku dan bahu. Kebiasaannya pesakit ini agak berasa sukar dalam menggerakkan sendi-sendi di samping kesakitan-kesakitan yang berlaku pada waktu setelah mengambil rehat yang lama. Terkadang penyakit jenis ini, boleh mengenai paru-paru dan menutup pembuluh pernafasan yang akan mengakibatkan salur pernafasan tersumbat serta rasa sakit di bahagian dada.

ii) Terkena demam Rheumatism.

Sesetengah pesakit akan mengenai demam yang dipanggil demam rheumatism. Doktor Ahmad Fuad Anbari, doktor sakit dalam perut dan rheumatism di Universiti Al-Azhar ada mengatakan mengenai tanda-tanda penyakit ini melalui kajian ‘mikroskop’. Di antara kesan yang mengekori penyakit ini setelah berlaku 2-3 minggu penyakit ini menyerang ia akan menyebabkan demam yang dipanggil ‘Demam Rheumatism’. Tanda-tanda awalannya meningkat darjah kepanasan pada diri pesakit yang lahir dari ketegangan sendi-sendi serta diiringi dengan sakit-sakit dan bengkak-bengkak di sekitarnya hingga sukar untuk bergerak buat beberapa hari.

iii) Akibat dari kekacauan fikiran.

Para ilmuan menetapkan bahawa bertambahnya kekacauan di dalam pemikiran boleh membawa berlakunya sakit anggota Rheumatism. Hal ini berlaku ketika terdapat pengisian di dalam kejiwaan pesakit. Lanjutan dari rasa cita-cita yang tidak kesampaian. Terkadang penyakit jenis ini hasil dari pemerahan otak secara lasak tanpa istirehat.

iv)Mengancam kesihatan kanak-kanak.

Penyakit ini sering menyerang dan membahayakan kesihatan kanak-kanak. Kanaka-kanak ini akan mudah dihinggapi penyakit radang hati dan radang sendi, rasa gigil dan ngilu akan mengenai pergerakan jari-jari bayi, serta diiringi dengan peningkatan suhu badan secara mendadak.

5.0 PENJAGAAN DAN RAWATAN

5.1 Menjauhkan diri dari terdedah kepada udara sejuk sekadar yang terdaya.

5.2 Mengambil ubat-ubatan secara banyak, kerap serta berperaturan.

5.3 Berjumpa dengan doktor-doktor pakar di dalam mengambil rawatan.

5.4 Menjauhi tempat-tempat yang sesak.

5.5 Menjauhi dari ditimpa oleh kuman-kuman berulang-ulang kali.

5.6 Mengambil aspirin untuk melegakan rasa sakit dan mengurangkan darjah kepanasan.

5.7 Mengambil rawatan mikroskop cuaca pagi.

6.0 PENUTUP
Masyarakat pelajar harus peka dan prihatin terhadap sebarang bentuk penyakit yang sering menimpa di kalangan pelajar di sini serta mengambillangkah awspada di dalam menghadapinya samada dari segi pengambilan barang-barang makanan, minuman, sayuran mahupun penjagaan diri agar terhindar dari unsur-unsur yang membahayakan kesihatan. Betapa bahagianya jika menjalani hidup ini dengan nikmat sihat dan rasa tenteram ! Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : “Dua macam nikmat yang man kebanyakan manusia tidak menyedarinya, iaitu kesihatan tubuh badan dan kelapangan masa.


Rujukan :

1. Majalah Tobibul Khas.
2. Majalah Al-Ulum

HAK CIPTA TERPELIHARA
TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN, MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN MANHAL PMRAM. HARGAILAH PENGORBANAN ORANG LAIN YANG BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKANNYA. MENCETAK SEMULA DAN MENERBITKANNYA DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN DIANGGAP SEBAGAI JENAYAH DAN DIKIRA BERCANGGAH DENGAN SYARIAH ISLAM.

©MANHAL PMRAM 2000

Wednesday, November 14, 2007

Kepada Pengguna Hp

1 Egg 2 Mobiles 65 minutes of connection between mobiles. We assembled something as per image:
Initiated the call between the two mobiles and allowed 65 minutes approximately. .. During the first 15 minutes nothing happened; 25 minutes later the egg started getting hot; 45 minutes later the egg is hot; 65 minutes later the egg is cooked.
Conclusion: The immediate radiation of the mobiles has the potential to modify the proteins of the egg. Imagine what it can do with the proteins of your brains when you do long calls. Please try to reduce long time calls on mobile phones and pass this mail to all your friends you care for.

Tuesday, November 6, 2007

Gelaran Tun Di Malaysia

Antara ujian Allah kepada manusia adalah pangkat.Adakah manusia itu bersyukur ataupun menjadi kufur terhadap Allah.Guna lah pangkat yg dikurniakan itu pada jalan yang betul jikalau tidak di akhirat kelak akan menyesal tak sudah-sudah....

Tun ialah anugerah gelaran tertinggi di Malaysia yang hanya boleh dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong yang setaraf dengan gelaran "Lord" di United Kingdom.
Penerima anugerah ini akan menerima Darjah Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) atau Darjah Seri Setia Mahkota (SSM). Anugerah ini dihadkan hanya kepada 25 orang penerima sahaja, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat. Kebanyakan penerima anuegrah ini adalah pemimpin negara yang telah banyak menaburkan jasa kepada negara seperi Perdana Menteri. Penerima kedua-dua anugerah tersebut membawa gelaran 'Tun' dan isteri penyandang bergelar 'Toh Puan'.

Senarai Penerima Tun

Tun Abdul Razak
Tun Dr Ismail
Tun Hussein Onn
Tun Ghafar Baba
Tun Dr. Mahathir
Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
Tun Musa Hitam
Tun Ling Liong Sik
Tun Tan Siew Sin
Tun Lim Chong Ewe
Tun V.T. Sambathan
Tun Tan Cheng Lock
Tun Daim Zainuddin
Tun Abang Haji Openg Abang Shapie
Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang bin Tuanku Othman
Tun Syed Ahmad Shahabudin Al-Haj
Tun Tan Sri Dr. Fatimah
Tun Sulaiman Ninam Shah
Tun Sardon Haji Jubir
Tun Abdul Rahman Ya'kub
Tun Abdul Malek bin Yusof
Tun Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng
Tun Salleh Abas

Sumber ; http://ms.wikipedia.org/wiki/Tun

Monday, November 5, 2007

Adab Ketika Jenazah Melalui Kita

عن جابر بن عبد الله رضي الله عنهما قال: مربنا جنازة فقام لها النبي صلى الله عليه وسلم فقمنا به فقلنا يا رسول الله : إنها جنازة يهودي قال إذا رأيتم الجنازة فقوموا" رواه البخاري

Daripada Jabir bin Abdullah telah berkata : Telah melalui kami satu jenazah,lalu Rasulullah bangun kerana jenazah tersebut dan kami pun bangun dengan sebab Rasullulah bangun.Kami pun berkata kepada Rasulullah : Sesungguhnya itu Jenazah Yahudi,bersabda Rasulullah : Apabila kamu melihat mana-mana Jenazah maka hendaklah kamu bangun....





Jika kita lihat,hadis ini menceritakan tentang adab-adab apabila melihat Jenazah melalui kita...Sahabat persoalkan tentang jenazah yahudi....Walaupun pada pandangan Sahabat tidak perlu tetapi mereka tetap mengikut Nabi......sebab mereka mengetahui bahawa ilmu Rasulullah adalah ma'sum berbanding dengn mereka....Selepas tu Rasulullah memerintah pulak jikalau mereka melihat mana2 jenazah hendaklah bangun.....Perintah ini umum sama ada jenazah itu kafir atau pun muslim.....





Tujuan perintah Rasulullah adalah utk mengagungkan hal kematian bukan kerana mayat itu...Rasa bimbang akan kematian yang sudah pasti setiap manusia akan hadapi....Jangan sesekali kali kita memandang remeh pasal kematian bahkan tunjukkan kegerunan dan kebimbangan sambil berdiri bertafakkur dan bertadabbur urusan malaikat maut mencabut nyawa....

Arahan berdiri ini adalah sunat bukan wajib kerana di sana sabit daripada Nabi juga nabi tidak berdiri...

Apabila kita bertemu dengan Jenazah ketika memandu hendak lah kita berhenti sekejap bagi laluan kepada jenazah beredar sambil bertadabbur...Apabila kita sedang duduk hendak lah kita bangun,jikalau kita sedang berjalan berhenti sekejap sambil bertadabbur dan melafazkan perkatan-perkataan yang nabi ajar..

Jadi sama-sama kita beramal dgn adab-adab melihat Jenazah dan mengambil perhatian ttg berita2 kematian semoga kita cepat kembali kepada Allah....

Di antara perkataan yg perlu diucap ketika melihat Jenazah :

(هذا ما وعدنا الله ورسوله وصدق الله ورسوله)

atau (هو الحي الذي لا يموت) ....Insyallah dengan ucapan-ucapan ini boleh menambahkan iman kita...

Saturday, November 3, 2007

KENALI HASSAN AL BANNA


Hassan al Banna (14 Oktober 1906 - 12 Februari, 1949, Arab:حسن البنا) merupakan reformis sosial dan politik Mesir yang terkenal sebagai pengasas gerakan Jamiat al-Ikhwan al-Muslimun.
Hassan al Banna dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al-Mahmudiyyah di daerah al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir (barat laut Kaherah). Beliau berasal dari sebuah perkampungan petani yang terkenal kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam, serta keluarga ulama yang dihormati.


Bapanya, Syeikh Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna, merupakan seorang seorang ulama, imam, guru dan seorang pengarang terkenal, lulusan Universiti Al-Azhar, yang menulis dan menyumbang menulis kitab-kitab hadis dan fiqh perundangan Islam dan juga memiliki kedai membaiki jam dan menjual gramophone. Syeikh Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna turut mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir al-Qur'an dan hadis kepada penduduk tempatan, dan dia banyak dipengaruhi oleh fikrah serta cita-cita perjuangan Syeikh Muhammad Abduh dan Sayyid Jamaluddin al-Afghani.


Sungguhpun Syeikh Ahmad al-Banna dan isterinya memiliki sedikit harta, mereka bukannya orang yang kaya dan bertungkus lumus untuk mencari nafkah, terutama selepas berpindah ke Kaherah pada 1924; sebagaimana yang lain, mereka mendapati bahawa pendidikan Islam dan kealiman seseorang tidak lagi dihargai di ibu negara itu, dan hasilkerja tangan mereka tidak mampu menyaingi industri besar-besaran.. (Mitchell 1969, 1; Lia 1998, 22-24)


Ketika Hassan al-Banna berusia dua belas tahun, beliau menjadi pemimpin badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan al-Hasafiyyah, dan menjadi ahli penuh pada tahun 1922. (Mitchell 1969, 2; Lia 25-26). Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudian memainkan peranan penting dalam penubuhan Ikhwan Muslimin.


Ketika berusia tiga belas tahun, Hassan al Banna menyertai tunjuk perasaan semasa revolusi 1919 menentang pemerintahan British. (Mitchell 1969, 3; Lia 1998, 26-27)


Pada tahun 1923, pada usia 16 tahun dia memasuki Dar al 'Ulum, sekolah latihan guru di Kaherah. Kehidupan di ibu negara menawarkannya aktiviti yang lebih luas berbanding di kampung dan peluang bagi bertemu dengan pelajar Islam terkemuka (kebanyakannya dengan bantuan kenalan ayahnya), tetapi dia amat terganggu dengan kesan Kebaratan yang dilihatnya disana, terutamanya peningkatan arus sekular seperti parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular terdorong ke arah melemahkan pengaruh Islam dan meruntuhkan nilai moral traditional. (Mitchell 1969, 2-4; Lia 1998, 28-30)
Dia turut kecewa dengan apa yang dilihatnya sebagai kegagalan sarjana Islam di Universiti al-Azhar untuk menyuarakan bangkangan mereka dengan peningkatan atheism dan pengaruh pendakwah Kristian. (Mitchell 1969, 5)


Beliau kemudian menganggotai pertubuhan Jama'atul Makram al-Akhlaq al-Islamiyyah yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini, Hasan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat-tempat perhimpunan orang ramai.


Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain.
Di tahun akhirnya di Dar al-'Ulum, dia menulis bahawa dia bercadang menzuhudkan dirinya menjadi "penasihat dan guru" bagi golongan dewasa dan kanak-kanak, agar dapat megajar mereka "matlamat agama dan sumber kegembiraan dan keriangan dalam kehidupan". Dia mendapat ijazah pada tahun 1927 dan diberikan jawatan sebagai guru bahasa Arab di sekolah rendah kebangsaan di Isma'iliyya, bandar provincial terletak di Zon Terusan Suez. (Mitchell 1969, 6)


Al-Imam Hassan al-Banna kemudainnya menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin di bandar Ismailiyyah pada Mac 1928. Ketika itu beliau berusia 23 tahun.
Di Ismailiyya, sebagai tambahan kepada kelas siangnya, dia melaksanakan matlamatnya memberi kelas malam bagi keluarga anak muridnya. Dia juga berceramah di masjid, malah dikedai kopi, yang masa itu masih baru dan dipertikaikan nilai moralnya. Pada awalnya, sesetengah pandangannya berkenaan perlaksanaan Islam yang mudah mendorong kepada tentangan hebat dengan elit keagamaan tempatan, dan dia mengamalkan polisi mengelakkan kontrovesi agama. (Mitchell 1969, 7; Lia 1998, 32-35)


Dia sedih dengan tanda-tanda jelas pengawalan ketenteraan dan ekonomi di Isma'iliyya: kem ketenteraan British, kemudahan awam dimiliki oleh kepentingan luar, dan tempat tinggal mewah milik pekerja Syarikat Terusan Suez, bersebelahan dengan rumah haram pekerja Mesir. (Mitchell 1969, 7)


Setelah berkhidmat 19 tahun dalam bidang perguruan, beliau meletakkan jawatan pada tahun 1946 untuk menyusun kegiatan dakwah dengan berkesan dalam masyarakat di bandar itu. Pengalaman ahli jemaah yang dikumpulkan sekian lama menjadikan Ikhwan Muslimin sebuah gerakan yang berpengaruh.


Ternyata Hassan al-Banna adalah pemimpin yang bijak mengatur organisasi. Ikhwan Muslimin disusun dalam tiga peringkat iaitu, memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan. Kemudian membentuk keperibadian anggota agar bersedia menjalani jihad seterusnya melaksanakan cita-cita perjuangan Islam dengan tegas. Ikhwan Muslimin berjaya menjadi sebuah gerakan yang menggegarkan Mesir terutama selepas perang dunia kedua apabila gerakan itu turut bertanding di dalam perebutan kuasa politik.
Pengaruh Ikhwan yang kian kuat amat dikhuatiri oleh kerajaan Mesir yang diketuai oleh al-Nukrasi Bassa dari parti al-Sa'di yang bertindak mengharamkan Ikhwan Muslimin pada 1948 atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Sungguhpun begitu Hassan al-Banna tidak ditahan dan beliau cuba sedaya upaya menyelamatkan Ikhwan. Malangnya usaha beliau belum berhasil sehinggalah ditembak pada waktu Zohor 12 Februari 1949, ketika keluar dari bangunan Ikhwan Muslimin. Beliau menghembuskan nafas terakhir di hospital dan pembunuhan beliau didakwa dirancang oleh polis rahsia kerajaan berikutan kematian perdana menteri yang dibunuh oleh seorang pelajar yang kecewa dengan pembubaran Ikhwan Muslimin.


Jenazah al-Imam Hassan Al-Banna telah dikebumikan dengan kawalan kereta-kereta kebal dan perisai. Orang ramai tidak dibenarkan menghadiri upacara pengebumiannya, yang hadir hanya keluarganya sendiri.


Rujukan
Lia, Brynjar. 1998. The Society of the Muslim Brothers in Egypt: The Rise of an Islamic Mass Movement 1928-1942. Reading, UK: Garnet.
Mitchell, Richard P. 1969. The Society of the Muslim Brothers. London: Oxford University Press.
Diperolehi daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Hassan_al_Banna"