Saturday, August 25, 2007

Persiapan Ramadhan

Sekarang dah hampir pertengahan Sya'ban di mana Rasulullah dan para sahabat masing-masing membuat persiapan untuk menghadapi bulan Ramadhan Al Mubarak dengan melakukan puasa sunat dan lain lain lagi.....

Kami sekeluarga juga terfikir macam mana nak buat persiapan Ramadhan Al Mubarak kali ini.....Kadang2 kita terlalu awal sembang tentang persiapan Hari Raya pulak di tengah-tengah Sya'ban sedangkan Ramadhan masih belum menyusuri....
Ingat lah bahawa Sahabat Rasulullah gembira tersangat apabila mahu menyambut Ramadhan ...mereka sibut susun jadual harian agar segala amalan di Bulan Ramadhan tak terlepas begitu sahaja....Mereka menangis apabila Ramadhan berakhir kerana tidak tahu adakah berpeluang lagi untuk tahun hadapan....Sama-sama la kita ikut sirah perjalanan dia orang....

Solat Tarawih menjadi satu ibadat yang menjadi rutin pada malam hari di samping berpuasa di siang hari....Ader sahabat kita mencari mesjid yang suara iman merdu agar dapat membantu dalam khusyu' solat, ader juga mencari masjid yang mana Tok Iman membaca surah pendek-pendek ...Saya teringat kata-kata sahabat saya ketika mood kurang sikit "Jom pi solat kat masjid kecil bekalang kedai tokmiah tok imam buta baca 2,3 ayat jer "kadang-kadang ruh kita nie ader naik ader turun ...tapi Alhamdulillah semangat mahu bersolat di Masjid masih ader...
Bacaan quran di Bulan Ramadhan juga menjadi wirid dan tadarus sesama oarang islam....Adaer khatam satu kali dalam satu bulan,ader yang 3 kali....dan lain -lain lagi.....sekurang-kurang dapat khatam satu kali dalam bulan Ramdhan....

Sedakah juga elok di bulan Ramadhan kerana segala amalan sunat di Bulan Ramdhan seperti amalan fardu ia punya pahala Allah ganjarkan
Sebulan Allah janjinkan ganjaran begitu banyak sebagai galakan kepada orang islam...Jika kita fikir baik-baik hikmah disebaliknya adalah jikalau kita dapat laksanakan amalan sunat secara berterusan selama satu bulan ...insyaAllah kita dapat istiqomah amalan di Bulan Ramadhan ke bulan-bulan yang lain....Bukan mudah nak jadikan amalan itu istiqomah ...perlu mujahadah tinggi....Siapa yang mendapat lakukan amalan sunat secara istiqomah maka dia telah dikurniakan karamah daripada Allah....

Ayuh keluarga ku bersiap sedialah untuk Ramadhan tak lupa juga sahabat2 dan juga umat islam...

Saturday, August 18, 2007

MENGUNDI TANGGUNGJAWAB KITA

Bahang Pilihanraya ke 12 semakin dirasai oleh masyarakat malaysia.Bagi mereka yang mengambil berat soal politik pasti tidak senang duduk memikirkan pergolakan politik yang sedang berlaku di Malaysia sekarang.Pemilihan parti dan pemimpin bukanlah perkara yang mudah lebih-lebih lagi dalam dunia penuh fitnah dan kekeliruan ini.Apakah tanggungjawab kita selaku hamba Allah dalam memilih pemimpin serta Jemaah yang dasarnya seperti yang digariskan dalam al Quran dan sunnah SAW?Terdapat ramai rakyat Malaysia yang tidak beberapa faham serta tidak tahu parti manakah yang harus dipilih dan diundi....

Apa yang perlu kita faham dalam memilih parti ialah dasar parti tersebut kerana dasar merupakan perkara terpenting dan merupakan asas kepada kita dalam mendokong dan menyokong sesuatu parti,disamping peribadi pemimpin yang akan bertanding...Di Malaysia parti yang bertanding antaranya adalah UMNO,MCA,MIC,PAS,PKR,DAP(parti2 yg paling aktif di malaysia) dan lain-lain lagi.Sebagai orang Islam,wajib kita memilih parti yang menjadikan Al Quran,Sunnah,ijma',Qias dan prinsip-prinsip islam sebagai dasarnya.Justeru,untuk mengatahui dasar setiap parti,kita perlu merujuk kepada pelembagaan parti-parti atau daripada kenyataan pemimpin-pemimpin parti tersebut.

Tegasnya,MCA telah menyatakan parti mereka adalah berdasarkan sekularisma..

UMNO pula secara dasar dalam perlembagan adalah nasionalisme,cuma kadang-kadang terdapat dalam ucapan pemimpin mereka sedikit kekeliruan yang mengaburi mata rakyat yang mendakwa parti mereka juga membawa Islam dengan slogan Islam Hadhari dalam membawa kemajuan negara semata -mata tanpa memandang serius tentang kemajuan insan sehingga banyak berlaku jenayah-jenayah yang tidak dapat dibendung sama ada di peringkat bawahan dan juga atasan parti tersebut...

PAS pula terkenal dengan siri-siri ceramah mereka yang diadakan di seluruh Malaysia dengan membawa agenda-agenda mahukan Islam memerintah yang dilaung-laungkan oleh pemimpin-pemimpin mereka.kalau kita lihat di dalam dasar parti mereka memang itu yang mereka laung-laungkan....Firman Allah

إن شر الدواب عند الله الصم البكم الذين لا يعقلون

"Sesungguhnya sejahat-jahat penghuni dunia di sisi Allah ialah orang bisu pekak yang tidak berakal"

Apa pula tanggungjawab kita selaku rakyat yang mempunyai kuasa memilih parti dan pemimpin yang akan memerintah Malaysia?Jadi perlu lah kita mengunakan akal yang waras dalam memilih pemimpin mengikut parti yang mereka dokong kerana setiap pemimpin parti sudah tentu mereka akan cuba sedaya upaya untuk merealisaikan dasar-dasar parti masing-masing...

Macam mana kalau kita lihat ader 2 pimpinan yang akan bertanding di peringkat kawasan sebagai contoh satu parti nasionalisme satu lagi parti dasarnya islam...Pimpinan nasionalism bersifat ramah dgn orang2 kampung atau dengan kata mudah boleh masuk dengan orang kampung.Yang pimpinan parti satu lagi nie tak masuk dengan orang kampung.Jadi cam mana kita nak jadikan ukuran dalam memilih parti dan nak bagi alasan supaya masyarakat faham dalam memilih pemimpin yg sepatut nya dipilih...

Di atas tadi sudah disebut yg terpenting dalam memilih parti adalah dasar parti yang bersifat tetap,bukan bermakna pemimpin tak penting,pemimpin penting juga oleh kerana dasar bersifat tetap,maka dasar lebih penting daripada pemimpin.Pemimpin bersifat tidak tetap boleh jadi kembali ke pangkal jalan atau dapat menukarkan pimpinan lain yg layak.Contoh orang islam buat jahat...kita tidak boleh persalahkan islam tetapi peribadi orang itu...sama la macam parti..kalau orang parti perangai tak senonoh tak sepatutnya kita kata dasar parti itu tak senonoh.

Jikalau ader orang yang sanggup mengundi parti yang bukan dasar islam kerana tak puas hati kepada akhlak pimpinan parti dasar islam,maka dia masih tak faham...Lain la kalau semua pimpinan parti dasar islam tak senonoh.Untuk makluman dasar-dasar selain daripada islam pastinya akan membawa kepada kezaliman ,penindasan dan ketidakadilan..Firman Allah kepada orang peringkat bawahan yg tiada kuasa memerintah dan pemimpin yg memerintah:

ولا تركنوا إلى الذين ظلموا فتمسكم النار

"Jangan sesekali kamu cenderung kepada orang yang melakukan kezaliman nescaya kamu akan disentuh api neraka"

Takutla api neraka Allah,jadilah orang yg bertanggungjawab dalam memilih parti dan pemimpinnya.... Sering kali kita diwar-warkan bahawa MAlaysia merupakan negara demokrasi...nah,kitalah selaku rakyat Malaysia yang sepatutnya merealisasikan apa yang diwar-warkan itu!Kerana Apa?Tidak lain tidak bukan kerana ditangan kitalah letaknya kuasa pemilihan.Justeru,sudahkah kita mengambil inisiatif ke arah itu?Sama-samalah mendaftar untuk pilihanraya yang bakal menjelma tidak lama lagi bagi yang pulang awal dan pastikan anak beranak kita mengundi parti yang mahukan islam.Jangan kita biarkan mereka dengan kerja-kerja cari makan sahaja sebab itu bukan tujuan utama kita hidup di dunia .

Selaku hamba Allah,kitalah penyokong dan pendokong bagi agama Allah yang wajib memastikan negara khususnya dan dunia amnya dipimpin oleh orang yang ahlinya iaitu mereka yang menjunjung Quran dan sunnah dalam erti kata melaksanakan pemerintahan berpandukan Al Quran dan sunnah SAW.Bagi mereka yang berada jauh diperantauan,nyatakan sokongan dan dokongan anda melalui titipan semangat dan cadangan membina serta doa agar Islam tetap dijulang di seluruh dunia.TAKBIR....ALLAHU AKBAR!!!

Wednesday, August 15, 2007

MANUSIA, MALAIKAT, SYAITAN

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh...
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini... kejap lagi ye..

Manusia - Nak makan, laparlah
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !!

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, lagipun tak ada style langsung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai anak Adam, nanti terlewat untuk ke kuliah
Syaitan - Nak cepat-cepat buat apa? Lambat lagi... baru pukul 10.30am...

Manusia - Azan sudah kedengaran.. .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa... . rilex lah..

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya AllahMaha Melihat
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahli ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang.
.
Manusia - Elok kalau akuu sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa sesusah.

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, kamu telah berdosa, tinggalkanlah dosa itudan bertaubatlah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun..
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat (kalau sempat)..

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ..
Syaitan - Jangan bimbang, tak ada sesiapa yang tahu...

Manusia- Nak ikut siapa?
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan didunia dan akhirat untukmu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah!) untukmu...

Peringatan kepada semua kalau berdepan dengan dialog seumpama ini pastikan diri kita pilih yang benar berpandukan dengan ilmu dan akal .....

Friday, August 10, 2007

Lagi kisah dari Yaman....

HIKAYAT 2

MENGANGKAT ‘IMAMAH (SERBAN) LEBIH MUDAH DARI MENGANGKAT UMAMAH.

QADI AL-AMRANI HAFIZHAHULLAH TELAH MENCERITAKAN KISAH IMAM ASY-SYAUKANI RAHIMAHULLAH PERNAH PERGI BERSEMBAHYANG DI SALAH SEBUAH MASJID DI ZHAMAR.KETIKA BELIAU SEDANG BERSEMBAHYANG,‘IMAMAH (SERBAN) BELIAU TELAH TERJATUH,LALU BELIAU PUN MENGAMBIL DAN MEMAKAIKANNYA SEMULA DI KEPALA BELIAU.PERBUATAN ITU DILIHAT OLEH SEORANG ARAB BADWI.MAKA BADWI ITU PUN BERKATA KEPADA IMAM SYAUKANI SELEPAS BELIAU SELESAI SEMBAHYANG :
“ WAHAI IMAM! INI TIDAK DIKIRA SEBAGAI SEMBAHYANG. INI SATU MAINAN DALAM SEMBAHYANG”.

MAKA BERKATALAH IMAM SYAUKANI :
“ MENGANGKAT ‘IMAMAH (SERBAN) LEBIH MUDAH DARI MENGANGKAT UMAMAH”.
BELIAU MENUNJUKKAN KEPADA SEBUAH HADIS NABI YANG DIRIWAYATKAN OLEH ABI QOTADAH R.A :

“ SESUNGGUHNYA NABI S.A.W PERNAH BERSEMBAHYANG DALAM KEADAAN BELIAU MENDUKUNG UMAMAH BINTI ZAINAB.APABILA BELIAU RUKU’ DILETAKKANNYA DAN APABILA DIA BANGUN DIDUKUNGKANNYA”.( RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM).

DAN INI ADALAH JAWAPAN IMAM SYAUKANI RAHIMAHULLAH YANG BOLEH MENDIAMKAN ORANG YANG BERTANYA.

MORAL : Jangan malu untuk bertanya apa yg tidak kita ketahui kerana ilmu itu pelita hidup.
Setiap perbuatan perlulah berpandukan Quran dan hadith bg mengelakkan fitnah.

Thursday, August 9, 2007

LELAKI DAN WANITA ...MASYAALLAH.....


KU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...

LELAKI Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN?Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat takbaik dosanya ditanggung oleh suaminya.BERATKAN??




Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.




WANITA :Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurgayg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasadi bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taatakan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turutmenerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpaperlu mengangkat senjata.MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seoranglelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewadisisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadipemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanitasebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulangmengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.."Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamuberpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamubermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengansegera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-Imran:103)Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan.Bahkan manusia,itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Saturday, August 4, 2007

KISAH DAN HIKAYAT DARI YAMAN

KISAH DAN HIKAYAT DARI YAMAN
DIRIWAYATKAN OLEH QADI MUHAMMAD BIN ISMAIL AL-AMRANI HAFIZHAHULLAH

KISAH-KISAH INI DIPETIK DARI KITAB PENGUMPULAN KISAH-KISAH YANG DISAMPAIKAN OLEH QADI MUHAMMAD BIN ISMAIL AL-AMRANI HAFIZHAHULLAH OLEH PELAJAR TUA BELIAU DR. MUHAMMAD ABDULRAHMAN GHANIM HAFIZHAHULLAH.

PENGENALAN QADI AL-AMRANI

BELIAU ADALAH SEORANG ULAMAK BESAR DAN SALAH SEORANG BEKAS QADI YANG DISEGANI DI BUMI YAMAN. BELIAU SANGAT BERMINAT DALAM BIDANG ILMU TERUTAMANYA DALAM BIDANG PENYEBARAN ILMU AGAMA YANG DIMILIKINYA. BELIAU DIKENALI DENGAN KEMAHIRANYA DALAM BERBAGAI BIDANG ILMU SEPERTI FIKAH, TAFSIR, HADIS, USUL FIQH, SEJARAH DAN BERBAGAI-BAGAI LAGI. BELIAU ADALAH SALAH SEORANG TENAGA PENGAJAR DI UNIVERSITI AL-IMAN, MAAHAD ‘ALI LIL-QADA’ DAN UNIVERSITI SANA’A.
BELIAU JUGA TURUT MENGAJAR DI MASJID DI SEKITAR SANA’A. BEGITULAH PENGENALAN SERBA RINGKAS QADI AL-AMRANI DAN SAMA-SAMALAH KITA MEDOAKAN SEMOGA ALLAH MEMANJANGKAN USIA BELIAU DEMI KHIDMATNYA UNTUK AGAMA INI.

CERITA-CERITA INI DISAMPAIKAN OLEH QADI KETIKA BELIAU MENYAMPAIKAN PELAJARAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR BELIAU,KADANG-KADANG BERTUJUAN UNTUK MEMBERI CONTOH ATAU MENYINDIR ATAU BERJENAKA DENGAN PELAJAR-PELAJAR BELIAU KETIKA MANA PELAJAR-PELAJAR TERLALU BANYAK BERTANYA BELIAU DAN BERTANYA SOALAN-SOALAN YANG SAMA BERKALI-KALI DAN BERTANYA TENTANG SESUATU YANG LUAR DARI TAJUK PERBAHASAN KITAB.BEGITULAH USLUB YANG DIGUNAKAN OLEH QADI UNTUK MENDIDIK ANAK-ANAK BUAHNYA DISAMPING MENCURAHKAN ILMU BELIAU.

SEMOGA KISAH DAN HIKAYAT INI DAPAT MEMBERI FAEDAH UNTUK PARA PENGUNJUNG BLOG INI SEKALIGUS DAPAT MEMPERKENALKAN KEPADA PARA PENGUNJUNG MENGENAI ULAMAK-ULAMAK SEANTERO DUNIA SERTA ILMU MEREKA.

KISAH 1 ( PENJUAL CUKA)

ALKISAH SEORANG PENJUAL CUKA YANG BERNAMA NASRUDDIN JUHA. BELIAU MENJUAL CUKA DENGAN MENUNGGANG KELDAI. SETIAP KALI DIA MEMASUKI KAMPUNG SERTA LORONG-LORONG MAKA DIA PUN AKAN MELAUNGKAN : “CUKA BAGUS …SIAPA INGIN BELI CUKA BAGUS!"DAN SETIAP KALI DIA MELAUNGKAN JUALAN CUKANYA SETIAP KALI ITULAH KELDAINYA BERTERIAK DAN SETIAP KALI DIA DIAM KELDAINYA PUN TURUT DIAM.AKHIRNYA JUHA PUN TURUN DARI KELDAINYA LALU BERKATA : “ SIAPA YANG MENJUAL CUKA YANG SEBENARNYA ? AKU ATAU PUN ENGKAU ? PERGILAH ENGKAU DAN JUAL CUKA-CUKA INI” ….…. DAN DIA PUN MENINGGALKAN KELDAINYA LALU PERGI DARI SITU.

KISAH INI SERING DISAMPAIKAN OLEH QADI HAFIZHAHULLAH SEBAGAI CONTOH KEPADA PELAJAR YANG SENTIASA MEMOTONG CAKAP SERTA FATWA BELIAU. KADANG-KADANG APABILA TERLALU BANYAK SANGAT PELAJAR MEMOTONG CAKAP BELIAU DAN BIASANYA DARI PELAJAR YANG BARU DATANG , MAKA BERKATA QADI AL-AMRANI : “ INI CUKA ‘THURI’"
CUKA ‘THURI YANG DIMAKSUDKAN OLEH ORANG SANA’A IALAH CUKA DARI LUAR BUKANYA CUKA ‘BALADI’, CUKA YANG DIBUAT DI SANA’A DAN BIASANYA CUKA ‘THURI’ INI TERLALU MASAM.

MORAL : JANGAN SUKA MENCELAH TOK GURU SEDANG MENGAJAR.SEELOKNYA JIKA ADA PERTANYAAN ATAU APA2 YG INGIN DIPERKATAKAN,TUNGGULAH SEHINGGA BELIAU HABIS MENGAJAR ATAU TIMBULKAN KETIKA SESI SOAL JAWAB.

SUMBER : LAMAN WEB PERMAYA