SALAH SIAPA?
Assalamualaikum
Salam mahabbah buat sahabat2 sekalian…
Tatkala melihat blog sahabat2 blogger,hati teruja untuk menitip kalam kembali.Apatah lagi pabila melihat blog sendiri lesu dan sunyi sepi…hehe..(jgn marah ye abah muslim)…Ummi faham,banyak perkara lain perlu didahulukan.Apa2 pun,sebenarnya ini juga salah satu tanggungjawab kita yg tidak patut kita abaikan.
Baru2 ini,Ummi terasa rajin untuk membaca buku yg abah beli.Tajuknya : SAKIT PUAN & PERBIDANAN –Fardhu Kifayah Yang Terabai,karangan Ustaz Hj Zaharuddin Muhammad.Olahan yang menarik dan `tidak berat` membuatkan Ummi istqomah untuk menghabiskan bacaan apatah lagi isi kandungannya yg amat menyedarkan diri Ummi bahawa kita hari ini sebenarnya tidak menitip beratkan persoalan yg dikupas itu.
Secara ringkasnya,buku itu menyebut tentang pentingnya bidang Sakit puan dan perbidanan diterajui oleh kaum wanita itu sendiri.Saat itu juga,timbul dihati Ummi,andainya satu ketika nanti Ummi dan abah dikurniakan anak perempuan,Ummi ingin dia menceburi bidang ini.Itu cita2 Ummi..namun segalanya terserah kepada Allah SWT.
Tiga kali Ummi melalui saat melahirkan anak (anaknda Muslim-2004,Hakim-2005 dan Daud-2007).Ketiga2 kelahiran tersebut tidak sama.Kita pasti mengharapkan sesuatu yang indah dan baik2 berlaku namun kekadang apa yang kita harapkan berlaku sebaliknya.Pasrahlah…
Proses kelahiran yang Ummi lalui ada yang mudah dan ada yang payah,namun bukan itu yang Ummi ingin tekankan kerana itu semua adalah ujian yang perlu kita lalui dengan tabah dan pastinya akan mendapat ganjaran.Apa yang ingin ummi katakan ialah mengenai keaibanyg dirasai oleh para ibu setelah mengetahui disaat melahirkan bayi,terdapat doctor atau pembantu lelaki yang turut menyertai proses menyambut bayi.Fenomena ini memang berlaku tak kira dimana,di Mesir atau di Malaysia sendiri.
Semua telah maklum bahagian tubuh badan mana yang terlibat dalam proses kelahiran.Allah sahaja yang tahu betapa malunya tuan empunya diri apabila bahagian yang menjadi mahkota wanita,yang dijaga rapi ditonton oleh orang yang bukan sejenis.(Jika dgn kaum hawa sendiri kita dah malu,apatah lg dengan kaum Adam..tak tahu rasanya nak letak muka kat mana).Namun kerana kesakitan yang ditanggung,empunya diri terpaksa merelakan dan pasrah..
Sering kita ungkapkan.."Nak buat macam mana..darurat..".Ya,mungkin kita menganggapnya darurat.Ummi tidak nafikan,itu semua bukan kehendak kita,namun tidak adakah jalan penyelesaiannya?Kita tidak mahu ia berulang di masa akan datang.Kita juga tidak mahu generasi2 akan datang melaluinya dan menganggap sebagaimana yang kita anggap seolah2 perkara ini tiada jalan penyelesaian.
Ummi hairan,kenapa bidang sakit puan dan perbidanan ini disertai juga oleh kaum Adam!Dah kurang sangat ke orang perempuan dalam dunia ini sampaikan tugas yang sepatutnya disandang oleh kaum hawa diambil alih oleh kaum Adam?Sedangkan telah tersurat dalam hadis bahawa antara tanda akhir zaman perempuan lebih ramai daripada lelaki.
Jawapannya cukup mudah:
1) Wanita sendiri tidak sedar peranan mereka
2) Terdapat kaum lelaki yang meminati bidang ini…(tak tahulah kenapa ek…)
3) Ada pihak yang membuka ruang untuk lelaki menceburi bidang ini…(tak patut betul!)
Ini antara jawapan yang Ummi dapat dalam pembacaan Ummi…mungkin sahabat2 ada jawapan lain.Apa2 pun,Fikirkanlah tentang perkara ini sebaiknya dari pelbagai cabang.Salah siapakah ini?Apakah Islam membenarkan ini berlaku atas alasan darurat seperti diharuskan memakan bangkai ketika darurat?Apakah ini dipanggil darurat?.....Dapatkan jawapannya dalam buku SAKIT PUAN DAN PERBIDANAN-Fardhu Kifayah Yang Terabai di pejabat PMRAM...cepat-cepat nanti terlambat dengan harga LE 10 sahaja...
Bacalah dan renungkanlah kandungan buku tersebut..kerana ia menyedarkan kita tentang peranan setiap daripada kita.Para ibu dan bapa…berusahalah mendapatkan orang yang sepatutnya merawat di saat kelahiran,para pelajar medic wanita… pilihlah ruang yang sememangnya disediakan untuk anda ini,jangan dibiarkan kaum Adam yang mendahului kerana ia mengundang binasa,para pelajar medic lelaki…usahlah memilih bidang yang tidak sepatutnya anda sandang ini,suami isteri…lahirkanlah insan yang menyedari peranan masing2 dan pihak bertanggungjawab (khususnya kerajaan) sediakan ruang pekerjaan ini hanya untuk mereka yang layak sahaja…iaitu kaum hawa.
Buat sahabat2…untuk mendapat kupasan yang lebih lanjut dan lebih terperinci,dapatkan buku yang Ummi sebut tu dan bacalah.Tak rugi melaburkan duit ke arah kesedaran diri dan untuk memartabatkan diri agar menjadi insan berilmu.Tujuan Ummi menitipkan kalam ini adalah sekadar ingin mengajak diri Ummi dan para sahabat menyedari hakikat kita pada hari ini.Cepat benar mengalah dan suka meletakkan diri dalam darurat tanpa cuba mencari jalan penyelesaian.Namun,jalan penyelesaian bagi masalah ini tidak dapat dicapai andai satu pihak sahaja yang memainkan peranan.Kesimpulannya,semua pihak harus bekerjasama agar matlamat suci ini dapat dicapai selari dengan tuntutan Islam.Jangan biarkan hukum fardhu kifayah bertukar menjadi fardhu `ain dek kerana kita yang tidak sedar peranan dan tidak mahu bertindak.
Imam Syatibi rahimahullahualaihi di dalam kitab Muwafaqat ;
ومن لا يقدر عليها مطلوب بامر آخر وهو اقامة ذلك القادر واجباره على القيام بها
Maksudnya :"Barangsiapa yang tidak mampu melaksanakan (fardhu kifayah menjadi pemimpin),maka mereka(iaitu golongan yang tidak mampu) dituntut untuk mewujudkan dan melantik golongan yang mampu serta memaksa mereka supaya melaksanakannya(tugas fardhu kifayah)."

Daripada : Ummi Muslim
2 comments:
bukan senang hendak jadi pakar sakit puan.
cakap memang senang.
cubalah jadi kalau rasa mampu (mampu buat bukan mampu cakap)
Assalamualaikum wbt. Saya di Malaysia. Saya sangat2 perlukan buku tersebut untuk pengajian saya. Ada cara tak untuk saya dapatkan buku tersebut dari Malaysia? Mohon nasihat
Post a Comment