Tuesday, July 31, 2007

BAHAYA KENTANG GORENG SEGERA



Kementerian Kesihatan digesa bertindak segera terhadap penjualan
produk makanan kentang goreng yang dikhuatiri
mengandungi acrylamide yang didakwa boleh mengakibatkan
kanser payu dara

Ini kerana beberapa kajian yang dijalankan oleh pusat2
perubatan di luar negara mendapati kanak kanak perampuan
yang memakan kentang goreng ketika zaman persekolahan
berisiko tinggi ,menghidap penyakit itu.

Presiden Persatuan Penggunuan Pulau Pinang (CAP).S.M.Mohamed Idris berkata, kajian itu dijalankan oleh Dr.Karin Michels dari Hospital Brigham di Boston turut
menunjukkan mereka yang memakan kentang goreng setiap
minggu mengalami 27 peratus peningkatan risiko kanser
payu dara .Menurutnya, kajian saintis Sweden awal 2000 pula berjaya
mencapai penemuan bahawa makanan berkanji tertentu yang
dimasak menggunakan kepanasan yang tinggi mengandungi
acrylamide.

No comments: