Saturday, August 4, 2007

KISAH DAN HIKAYAT DARI YAMAN

KISAH DAN HIKAYAT DARI YAMAN
DIRIWAYATKAN OLEH QADI MUHAMMAD BIN ISMAIL AL-AMRANI HAFIZHAHULLAH

KISAH-KISAH INI DIPETIK DARI KITAB PENGUMPULAN KISAH-KISAH YANG DISAMPAIKAN OLEH QADI MUHAMMAD BIN ISMAIL AL-AMRANI HAFIZHAHULLAH OLEH PELAJAR TUA BELIAU DR. MUHAMMAD ABDULRAHMAN GHANIM HAFIZHAHULLAH.

PENGENALAN QADI AL-AMRANI

BELIAU ADALAH SEORANG ULAMAK BESAR DAN SALAH SEORANG BEKAS QADI YANG DISEGANI DI BUMI YAMAN. BELIAU SANGAT BERMINAT DALAM BIDANG ILMU TERUTAMANYA DALAM BIDANG PENYEBARAN ILMU AGAMA YANG DIMILIKINYA. BELIAU DIKENALI DENGAN KEMAHIRANYA DALAM BERBAGAI BIDANG ILMU SEPERTI FIKAH, TAFSIR, HADIS, USUL FIQH, SEJARAH DAN BERBAGAI-BAGAI LAGI. BELIAU ADALAH SALAH SEORANG TENAGA PENGAJAR DI UNIVERSITI AL-IMAN, MAAHAD ‘ALI LIL-QADA’ DAN UNIVERSITI SANA’A.
BELIAU JUGA TURUT MENGAJAR DI MASJID DI SEKITAR SANA’A. BEGITULAH PENGENALAN SERBA RINGKAS QADI AL-AMRANI DAN SAMA-SAMALAH KITA MEDOAKAN SEMOGA ALLAH MEMANJANGKAN USIA BELIAU DEMI KHIDMATNYA UNTUK AGAMA INI.

CERITA-CERITA INI DISAMPAIKAN OLEH QADI KETIKA BELIAU MENYAMPAIKAN PELAJARAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR BELIAU,KADANG-KADANG BERTUJUAN UNTUK MEMBERI CONTOH ATAU MENYINDIR ATAU BERJENAKA DENGAN PELAJAR-PELAJAR BELIAU KETIKA MANA PELAJAR-PELAJAR TERLALU BANYAK BERTANYA BELIAU DAN BERTANYA SOALAN-SOALAN YANG SAMA BERKALI-KALI DAN BERTANYA TENTANG SESUATU YANG LUAR DARI TAJUK PERBAHASAN KITAB.BEGITULAH USLUB YANG DIGUNAKAN OLEH QADI UNTUK MENDIDIK ANAK-ANAK BUAHNYA DISAMPING MENCURAHKAN ILMU BELIAU.

SEMOGA KISAH DAN HIKAYAT INI DAPAT MEMBERI FAEDAH UNTUK PARA PENGUNJUNG BLOG INI SEKALIGUS DAPAT MEMPERKENALKAN KEPADA PARA PENGUNJUNG MENGENAI ULAMAK-ULAMAK SEANTERO DUNIA SERTA ILMU MEREKA.

KISAH 1 ( PENJUAL CUKA)

ALKISAH SEORANG PENJUAL CUKA YANG BERNAMA NASRUDDIN JUHA. BELIAU MENJUAL CUKA DENGAN MENUNGGANG KELDAI. SETIAP KALI DIA MEMASUKI KAMPUNG SERTA LORONG-LORONG MAKA DIA PUN AKAN MELAUNGKAN : “CUKA BAGUS …SIAPA INGIN BELI CUKA BAGUS!"DAN SETIAP KALI DIA MELAUNGKAN JUALAN CUKANYA SETIAP KALI ITULAH KELDAINYA BERTERIAK DAN SETIAP KALI DIA DIAM KELDAINYA PUN TURUT DIAM.AKHIRNYA JUHA PUN TURUN DARI KELDAINYA LALU BERKATA : “ SIAPA YANG MENJUAL CUKA YANG SEBENARNYA ? AKU ATAU PUN ENGKAU ? PERGILAH ENGKAU DAN JUAL CUKA-CUKA INI” ….…. DAN DIA PUN MENINGGALKAN KELDAINYA LALU PERGI DARI SITU.

KISAH INI SERING DISAMPAIKAN OLEH QADI HAFIZHAHULLAH SEBAGAI CONTOH KEPADA PELAJAR YANG SENTIASA MEMOTONG CAKAP SERTA FATWA BELIAU. KADANG-KADANG APABILA TERLALU BANYAK SANGAT PELAJAR MEMOTONG CAKAP BELIAU DAN BIASANYA DARI PELAJAR YANG BARU DATANG , MAKA BERKATA QADI AL-AMRANI : “ INI CUKA ‘THURI’"
CUKA ‘THURI YANG DIMAKSUDKAN OLEH ORANG SANA’A IALAH CUKA DARI LUAR BUKANYA CUKA ‘BALADI’, CUKA YANG DIBUAT DI SANA’A DAN BIASANYA CUKA ‘THURI’ INI TERLALU MASAM.

MORAL : JANGAN SUKA MENCELAH TOK GURU SEDANG MENGAJAR.SEELOKNYA JIKA ADA PERTANYAAN ATAU APA2 YG INGIN DIPERKATAKAN,TUNGGULAH SEHINGGA BELIAU HABIS MENGAJAR ATAU TIMBULKAN KETIKA SESI SOAL JAWAB.

SUMBER : LAMAN WEB PERMAYA


No comments: