Bilakah Bermulanya Mendidik Anak?
Bilakah bermulanya mendidik anak?
Dalam mendidik anak-anak semua ibu bapa mahukan anak-anak mereka menjadi anak solehah.Ada yang memang bersungguh-sungguh,ada yang tidak bersungguh-sungguh sekadar lafaz dimulut apabila ditanya dan ada juga yang tidak mengambil hal lansung...
Anak merupakan amanah yang sangat besar kepada ibu bapa dalam mencorak kehidupan mereka..
Sabda Rasulullah :
كل مولود يولد علي فطرة فأبواه يهودانه وينصرانه ويمجسانه.
Setiap anak yang dilahirkan berada dalam fitrah, maka ibubapa lah yang menentukan sama ada mengyahudikannya,mengnasranikannya dan mengmajusikannya...
Islam menitip beratkan soal agama yang perlu anak-anak anuti....Perkara yang pertama bagi ibu bapa perlu fikirkan setalah dilahirkan untuk anak mereka adalah agama,bukannya pakaian,makanan dan tempat yang selesa.Nabi tidak bimbang dalam perkara makan minum dan tempat tinggal kerana manusia dah diberi anugerah akal untuk memikirkan perkara dunia,cuma yang Nabi bimbang adalah perkara yang memandu akal jika ditinggalkan iaitulah agama.Akal berhajat kepada wahyu dalam menentukan akhir kehidupannya sama ada syurga atau neraka.
Kalau merujuk persoalan di atas bilakah perlu kita mulakan dalam mendidik anak?Ada orang berpandangan menyatakan ketika umur 2 tahun,ada juga mengatakan ketika umur persekolahan.
Sebenarnya adalah perlu bermula daripada diri pasangan sebelum berkahwin agar pastikan diri masing-masing dapat melaksanakan perintah Allah dan menjauhi laranganNya.Sifat seseorang manusia terpengaruh dengan sebahagian besar sifat2 ibu bapa ...Oleh sebab itu untuk melahirkan anak soleh pastikan diri kita juga soleh....
Pernah diceritakan tentang seorang ulama' tasauf iaitu Sahal al-Tusturi beliau seorang yang mengambil berat tentang pendidikan anaknya sejak anak nyer dalam sulbi lagi beliau dah mula melakukan amalan soleh serta mengharapkan Allah kurniakan anak yg soleh..Beliau pernah berkata :" Sesungguhnya aku akan menjaga anak-anakku sebelum Allah keluarkannya ke dunia"
Bagi yang belum berkahwin dan akan berkahwin agar tetapkan tarikh perkahwinan selepas hari raya puasa...agar tarbiah di bulan Ramadhan dapat menghasilkan benih yang soleh..
Di antara pendidikan anak sebelum lahir juga adalah ibu bapa perlu bebas daripada harta haram,maka ibubapa jangan makan dan minum daripada sumber yang haram kerana makanan lah yang menghasilkan benih mani...Dan berhati-hati dengan harta-harta yang diberi dengan tujuan untuk menjatuhkan islam dan jamaah islam.....bersambung.......
No comments:
Post a Comment