PENYAKIT MUSIM SEJUK DI PERLEMBAHAN NIL
Bila putaran musim berubah dari cuaca panas yang terik kepada musim sejuk yang membeku, ini menandakan musim sejuk di bumi anbia’ ini sudah bermula. Di dalam menangani musimsejuk ini, apakah persediaan yang telah anda alakukan bagi menghadapi ketibaannya ?
Ketahuilah wahai saudara ! Perubahan cuaca di sini banyak mempengaruhi kesihatan seseorang individu. Pada masa itu, kuman-kuman dan bacteria-bakteria yang berada di dalam udara yang berhabuk semakin bertambah aktif, segala kotoran melalui pencemaran udara ini sampai kepada kita melalui pernafasan, minuman dan pemkanan. Lantaran itu, memungkinkan kita terdedah kepada berbagai jenis penyakit yang memerlukan kita prihatin dan kita mengambil langkah-langkah keselamatan di dalam menghadapi risikonya.
Di bawah ini diperturunkan beberapa jenis penyakit yang sentiasa menimpa di kalangan masyarakat pelajar di Perlembahan Nil ini.
1. SAKIT KERONGKONG
Penyakit ini banyak berpunca dari pengambilan barang makanan atau sayuran yang tidak dibasuh atau air yang tidak dimasak. Gejala ini memungkinkan benda-benda tersebut terdedah kepada habuk-habuk, parasit-parasit serta kuman-kuman virus yang membahayakan kesihatan. Kuamn-kuman tersebut akan menyerang saluran tenggorok yang mengandungi gegendang suara yang mana tali-talinya sangat sensitif. Bila situasi ini berlaku ia akan mengakibatkan kerosakan pada gegendang suara : Tali-tali suara akan rasa sakit, bengkak dan perit di samping ia menyebabkan penyakit-penyakit yang lain seperti batuk-batuk, bengkak-bengkak di bahagian mulut, lidah, gusi serta selsema.
2. SEMPUT DAN SAKIT DADA
Ia merupakan satu bentuk penyakit yang berlaku hasil perubahan cuaca. Pada permulaan musim sejuk habuk-habuk yang mengandungi kuman-kuman virus, bacteria-bakteria dan kulat-kulat parasit berterbangan di udara. Keadaan menjadikan kuman-kuman tersebut bertambah aktif. Apabila pernafasan berlaku di udara yang sebegini menjadikan si penyedutnya akan mengalami semput-semput dan sakit dada. Penyakit boleh terhasil melalui hama-hama dan kulat-kulat yang terdapat pada bulu-bulu binatang, kuku-kuku burung yang terpindah kepada manusia melalui pernafasan.
Gejala-gejala ini banyak menimpa kanak-kanak yang masih bayi. Para ibu yang bijak hendaklah mengambil sekadar mungkin jenis kawalan bagi memastikan anak-anak terhindar daripada penyakit tersebut :
2.1 Hendaklah memastikan semua tingkap sentiasa tertutup sewaktu bakteria-bakteria, kuman-kuman virus mula bergerak aktif.
2.2 Hendaklah memakaikan anak-anak mereka pakiaan-pakaian yang tebal.
2.3 Memastikan tidak di timpa rasa penat kerana rasa penat pada anak itu boleh menyebabkan sesak nafas dan dada.
3. TERKENA PENYAKIT SINUSITIS
Sinusitis ialah radang enflamasi pada membran mukus yang melapik sinus. Sinus ialah rongga-rongga udara yang terdapat di tulang-tulang pipi. Jenis radang ini adalah akibat serangan pendek yang mungkin akibat dari jangkitan virus di rongga-rongga sinus yang terhasil dari pernafasan yang berlaku sebelum itu. Lanjutan dari serangan ini akan mengakibatkan selsema, kepala rasa berdenyut, hidung rasa tersumbat, hingus atau cecair aakan mengalir serta sendi-sendi di sekitar muka akan terasa sakit.
Kesan atau implikasi utama serangan ini, apabila bacteria-bakteria merebak ke dalam sinus yang tersumbat itu, ia akan mengeluarkan hingus yang berwarna kekuningan, kesakitan akan bertambah serta kulit yang meliputi bahagian mata dan pipi akan menjadi merah dan bengkak. Penyakit jenis ini memerlukan rawatan antibiotik.
4. TERDEDAH KEPADA PENYAKIT RHEUMATISM
Pada waktu musim sejuk, sesetengah penyakit yang bersangkutan dengan tulang dan sendi-sendi akan terjadi. Udara sejuk pada umumnya akan menambahkan rasa kesakitan terhadap pesakit ini akibat dari kesan-kesan udara sejuk terhadap anggota badan.
Kekadang kesakitan dan penyakit ini berlaku tanpa tanda-tanda awalan. Di dalam beberapa detik serangannya, sendi-sendi pesakit terasa ngilu dan menyucuk-nyucuk, lalu menjalar ke anggota sendi yang lain dan ketegangan di sekitar sendi-sendi pun berlaku.
4.i Faktor-faktor penyebab penyaki ini :
i) Tidak prihatin atau lalai terhadap setiap jenis penyakit dan kemungkinan-kemungkinan yang akan terjadi serta cara mencegahnya.
ii) Terdedah kepada cuaca sejuk yang merbahaya. Sesetengah pesakit tidak mengambil berat di dalam menjaga kesihatan diri, bahaya cuaca serta pencemaran udara. Dari udara yang tercemar membuatkan badan dimasuki udara sejuk yang mengakibatkan sendi-sendi dan tulang-tulang rasa sengal, sakit-sakit dan ngilu.
iii) Tidak mengeringkan kesan air yang mengenai anggota badan terutamanya di bahagian kepala. Ini akan mengakibatkan sakit-sakit di bahagian kepala, bias-bisa dibahagian urat saraf serta bahagian otak
4.2 Bahaya dan kesan-kesannya :
i) Lanjutan dari penyakit ini akan menyebabkan pula penyakit rheumatoid.
Penyakit ini berlaku dari rasa ketegangan dan sakit-sakit di bahagian hujung-hujung sendi, seperti di hujung-hujung jari, dua tangan, dua lutut, kaki, siku dan bahu. Kebiasaannya pesakit ini agak berasa sukar dalam menggerakkan sendi-sendi di samping kesakitan-kesakitan yang berlaku pada waktu setelah mengambil rehat yang lama. Terkadang penyakit jenis ini, boleh mengenai paru-paru dan menutup pembuluh pernafasan yang akan mengakibatkan salur pernafasan tersumbat serta rasa sakit di bahagian dada.
ii) Terkena demam Rheumatism.
Sesetengah pesakit akan mengenai demam yang dipanggil demam rheumatism. Doktor Ahmad Fuad Anbari, doktor sakit dalam perut dan rheumatism di Universiti Al-Azhar ada mengatakan mengenai tanda-tanda penyakit ini melalui kajian ‘mikroskop’. Di antara kesan yang mengekori penyakit ini setelah berlaku 2-3 minggu penyakit ini menyerang ia akan menyebabkan demam yang dipanggil ‘Demam Rheumatism’. Tanda-tanda awalannya meningkat darjah kepanasan pada diri pesakit yang lahir dari ketegangan sendi-sendi serta diiringi dengan sakit-sakit dan bengkak-bengkak di sekitarnya hingga sukar untuk bergerak buat beberapa hari.
iii) Akibat dari kekacauan fikiran.
Para ilmuan menetapkan bahawa bertambahnya kekacauan di dalam pemikiran boleh membawa berlakunya sakit anggota Rheumatism. Hal ini berlaku ketika terdapat pengisian di dalam kejiwaan pesakit. Lanjutan dari rasa cita-cita yang tidak kesampaian. Terkadang penyakit jenis ini hasil dari pemerahan otak secara lasak tanpa istirehat.
iv)Mengancam kesihatan kanak-kanak.
Penyakit ini sering menyerang dan membahayakan kesihatan kanak-kanak. Kanaka-kanak ini akan mudah dihinggapi penyakit radang hati dan radang sendi, rasa gigil dan ngilu akan mengenai pergerakan jari-jari bayi, serta diiringi dengan peningkatan suhu badan secara mendadak.
5.0 PENJAGAAN DAN RAWATAN
5.1 Menjauhkan diri dari terdedah kepada udara sejuk sekadar yang terdaya.
5.2 Mengambil ubat-ubatan secara banyak, kerap serta berperaturan.
5.3 Berjumpa dengan doktor-doktor pakar di dalam mengambil rawatan.
5.4 Menjauhi tempat-tempat yang sesak.
5.5 Menjauhi dari ditimpa oleh kuman-kuman berulang-ulang kali.
5.6 Mengambil aspirin untuk melegakan rasa sakit dan mengurangkan darjah kepanasan.
5.7 Mengambil rawatan mikroskop cuaca pagi.
6.0 PENUTUP
Masyarakat pelajar harus peka dan prihatin terhadap sebarang bentuk penyakit yang sering menimpa di kalangan pelajar di sini serta mengambillangkah awspada di dalam menghadapinya samada dari segi pengambilan barang-barang makanan, minuman, sayuran mahupun penjagaan diri agar terhindar dari unsur-unsur yang membahayakan kesihatan. Betapa bahagianya jika menjalani hidup ini dengan nikmat sihat dan rasa tenteram ! Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : “Dua macam nikmat yang man kebanyakan manusia tidak menyedarinya, iaitu kesihatan tubuh badan dan kelapangan masa.
Rujukan :
1. Majalah Tobibul Khas.
2. Majalah Al-Ulum
HAK CIPTA TERPELIHARA
TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN, MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN MANHAL PMRAM. HARGAILAH PENGORBANAN ORANG LAIN YANG BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKANNYA. MENCETAK SEMULA DAN MENERBITKANNYA DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN DIANGGAP SEBAGAI JENAYAH DAN DIKIRA BERCANGGAH DENGAN SYARIAH ISLAM.
©MANHAL PMRAM 2000
No comments:
Post a Comment