Khusyu' Dalam Solat
Baru-baru ini diadakan aktiviti muzakarah berkelompok di rumah Hakim Ismail antara pakdam-pakdam di alex mengisi sisa-sisa waktu di Mesir...Muzakarah berkelompok itu adalah yg terakhir kerana bagi laluan sahabat2 yang akan menghadapi peperiksaan pasal pertama Al-Azhar... Kebetulan Naqib kumpulan menyentuh isu khusyu' dalam solat sebagai bahan perbincangan dan perkongsian pengalaman dengan anak-anak buah....walaupun isu itu tidak lah berat sangat untuk diperbincangkan tetapi ia merupakan salah satu daripada faktor utama yang menghalang seseorang itu daripada melakukan perbuataan maksiat dan kejahatan....
Dalam perbincangan malam itu ader yang menceritakan pengalaman masing2 tentang khusyu' dalam solat antaranya pernah dia bersolat subuh di Masjid secara berjemaah ketika itu berlaku di Kaherah tiba-tiba makmum(orang mesir) disebelahnya menggigil apabila mendengar ayat-ayat yang dibaca oleh Imam lalu jatuh pengsan....ader yang menceritakan semasa halaqoh zikir bersama sama dengan Syeikh Yusof Kanada tiba-tiba ader yang tidak sedarkan diri menangis-nangis sehinggalah Syeikh menenangkannya.....ader juga mencerita pengalaman mengamal zikir2 ma'thurat pagi dan petang sehingga boleh membawa khusyu' dalam solat...dlln.
Kadang2 ader juga sikit-sikit gelak ketawa di dalm majlis perbincangan malam itu lantaran ader sahabat2 membawa cerita yang agak sedikit kelakar....antaranya cerita pasal seorong yg pernah membunuh seekor kucing tiba2 dia pergi bersembahyang di Masjid lalu tak kala Imam membaca surah sehingga ayat (بأي ذنب قتلت) maksudnya" dengan dosa apakah dia dibunuh"lalu tok imam itu mengulang-ulang ayat tersebut...Makmum tadi berasa hairan kenapa tok imam nie buat cam tue....adakah imam ini nak tegur perbuatan dia yang membunuh kucing?.. lalu dia pun menjawab (بأكل سمكة قتلت) maknanya "dengan sebab makan ikan dia dibunuh" .....dan banyak lagi cerita2 yang menarik dalam perbincangan malam tue...
Antara kesimpulan atau tip-tip kekhusyu'kan solat yang dapat pada malam itu antaranya :
1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.
2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.
3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.
4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.
5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.
6. Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.
7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.
8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.
9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.
10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.
11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.
12. Mengambil wuduk dengan sempurna.
13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.
14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
15. Menunduk pandangan terhadap wanita ajnabiah membawa kepada khusyu' dalam solat....
Solat merupakan penyejuk hati bagi Rasulullah di dunia sepertimana disebut di dalam hadis
"قرة عيني في الدنيا الصلاة"أو كما قال صلي الله عليه وسلم.
"Penyejuk mataku di duniah adalah Solat".....
Sabdanya lagi kepada Bilal bin Rabah
"أرحنا بلال بالصلاة"
"ٌRehatkan kami dengan Solat"
Walau apapun syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya. Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang.
Ada sahabat malam itu menyebut Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana Imam Ghazali menjadiakan khusyu' itu sebagai rukun solat,jikalau tidak khusyu' maka batal solatnya ....walaupun ramai ulama' tidak setuju dengan pandangan beliau(di sisi mereka khusyu' merupakan syarat solat yang diterima manakalah syarat solat yang sah tidak semestinya khusyu' sebab itulah mereka tidak menjadikan khusyu' rukun solat) sebab tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Menurutnya lagi bahawa solat itu merupakan "munajat" (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya. Sayidina Ali k.w. boleh khusyu' dalam sembahyangnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa. Sayidina Umar Al Khattab pernah berkata, "Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati."
Sama sama la kita mengambil berat tentang solat kita...Masing masing ader pengalaman hari2 yang solatnya khusyu' dgn hari2 solatnya tidak khusyu'......Jadikanlah solat itu sebagai penyejuk hati kita....Sama sama kita doakan.....Aminnnn
Macam mana pengalaman-pengalaman sahabat yang lain dalam khusyu' ?????Sama kita berkongsi......
No comments:
Post a Comment