Saturday, September 29, 2007

PERTENGAHAN RAMADHAN

Sekarang kita berada di pertengahan Ramadhan Al-Mubarak,di mana fadhilatnya keampunan kepada hamba2Nya...Saya menyeru kepada diri sendiri dan sahabat2 agar kembali melihat apakah yang telah dilakukan di permulaan Ramdhan adakah semangat di permulaan itu sama dengan di pertengahan ataupun berkurangan ataupun meningkat?Saya yakin sahabat2 boleh menjawab dengan baik dan tepat keadaan masing2....

Masih belum ketinggalan sahabat2 belajar lagi,tingkatkan lagi kelemahan yang ada ....Jangan sesekali berputus asa dengan perkara yang lalu.Ayuh kita bina lagi di hari yang berbaki ini jgn kita tinggal kan masa itu berlalu dgn begitu sahaja membawa jiwa yg kosong.Penuhilah jiwa kita dengan berzikir لا اله إلا الله kerana kalimah itu meningkatkan keimanan kita sepertimana Nabi bersabda:

جددوا إيمانكم بلا اله الا الله
"Perbaharuilah iman kamu dengan لا اله إلا الله

Kalau kita merasai lemah jiwa maka perbanyakkanlah kalimat itu dimulut kita lebih2 lagi di bulan Ramadhan ini,insyallah hati2 kita akan kembali segar dengan keimanan...

Di pertengahan ini cuba kita rasakan dan timbulkan kembali suasana dipermulaan Ramadhan.Setiap kali nak melakukan solat,cuba rasakan kehebatan bulan Ramadhan dan kelebihannya seperti sabda Rasulullah :

من أقام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبك
"Barang siapa berqiamulai di bulan Ramadhan dengan keimanan dan niat kerana Allah semata-mata diampunkan dosa2nya yang terdahulu"

Cuba kita datangkan perasaan itu ketika melakukan sedekah,membaca Al-Quran,berzikir,berpusa,ajak berbuka puasa dan lain lain lagi....Insyallah iman kita akan meningkat....

Cuba kita elakkan diri daripada bersangka buruk kepada jiran,sahabat handai,kawan dan orang yang kita kenali di bulan Ramadhan.Jagalah lisan kita daripada mengumpat peribadi seseorang walaupun perkara itu benar..Jangan kita perlekihkan orang dengan kita kata dia tu gemuk,dia tue sombong,dia tue bodoh,dia tue keras kepala,dia tue bebal,dia tue tak cara ke orang,dia tue tak faham,dia tue tak hormat orang,dia tue penting diri sendiri,dia tue mengada-ngada,dia tue cakap tak serupa bikin,dia tue kedekut nak infaq,dia tue bakhil,dia tue malas,dia tue berpuak-puak,dia tue malas buat kerja,dia tue jiran tak bertanggungjawab,dia tue,dia tue dan lain lain lagi.......Ya Rabbb ampunilah dosa2 kami yg terlanjur...... kuatkan ukhuwwah di kalangan kami sesama islam...........

Banyakkan lah berdoa di bulan Ramadhan,sehingga ader pengakuan sahabat Nabi mengatakan apa yang dia minta di Bulan Ramadhan termakbul semuanya sehingga datang Ramadhan yang lain....Minta la apa2 kepada Allah ....Ya Rab perkenankanlah apa2 yg kami minta dan hanya Kamu sahaja yg kami doakan.....Ya Rabbbbb

Teruskan lagi sahabat2 dgn melakukan amalan2 kebaikan dan kebajikan di pertengahan Ramadhan ini.....

No comments: