Wednesday, September 12, 2007

PERMULAAN RAMADHAN

Ahlan Ramadhan Al Mubarak

Akhirnya sampai juga bulan yang dinanti-nantikan...Alhamdulilah Bersyukur kepada Allah kerana memberi peluang yg luas kepada kita untuk bersama-sama menceduk seberapa banyak yang mungkin permata-permata di bulan mulia ini.
Sabda Rasulullah :

إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة وغلقت أبواب النار وصفدت الشياطين

Apabila datang Ramadhan dibuka pintu syurga ditutup
pintu Neraka dan diikat Syaitan-syaitan...Riwayat Imam
Muslim..


Telah berkata Qodhi bin Iyadh(القاضي عياض) Pertama boleh ditanggung hadis ini secara zahir dan hakikat dengan makna sebenar memang ditutup pintu syurga ditutup pintu
neraka dan diikat syaitan2 kerana menghormati bulan Ramadhan

Kedua boleh ditanggung juga dengan maksud majaz iaitu banyaknya pahala dan keampunan,dan syaitan2 kurang menggoda manusia dan menyakiti mereka seolah olah syaitan2 diikat..

Apa lagi sahabat2,saya sekeluarga menyeru sahabat2 agar gunalah masa sebaik-baik mungkin di bulan Ramadhan kali ini...Kita berazam jangan sesekali kita meninggalkan ibadat puasa wajib tanpa alasan yang munasabah,pastikan keluarga kita semua berpuasa disamping itu ibadat sunat jangan sesekali kita ketinggalan...Jadikan 1 Ramadhan permulaan yang terbaik dan seterusnya hinggalah kemungcak 10 akhir Ramadhan...Sama kita berazam Ya Rabbbbbbb kuatkanlah hambaMU yang Dhaif ini....
Sabda Rasulullah :

أوله رحمة وأوسطه مغفرة وأخره عتق من النار

Permulaan Ramadhan adalah rahmah pertengahannya
keampunan perakhiranya bebas dari neraka
..


Mintalah rahmah banyak2 kepada Allah sesungguhnya Allah lebih suka hambanya memohon dan meminta kepadanya,jikalau manusia apabila diminta banyak kali
sudah pasti dia tidak menyukai...

Macam mana jadual Ramadhan kita?kalau dah susun alhamdulillah kalau belum mulakan sekarang jangan ditangguhkan,masa masih ada...Pastikan airmata kita mengalir,jikalau masih belum mengalir pastikan airmata kita mengalir juga dan menayakan diri kita kenapa hati
kita begitu keras untuk mengalirkanair mata keranaMu Ya Allah...Penuhilah hidayahMu kepada kami semoga kami dapat mengaturkan segala urusan dunia ini ke jalan
keredhaanMu...Jangan Engkau sesatkan kamai selagi kami masih bernyawa,jauhkan kami daripada AzabMu yang membakar kami tidak mampu utk menahannya...hanya Engkau
yang dapat menyelamatkan kami....Ya Rab Ya Rab...ampun nilah dosa2 kami yang lalu samaada dosa yang kami sedar ataupun tidak sedar,kecil atau besar kami pohonkan
keampunan daripadaMu Ya Rab...

Sama-sama la kita usaha ke arah kebaikan....Jengok2 lah sahabt2 kita,jiran2 kita cam mana ....sama2 lah kita tegur menegur antara satu sama lain...Jikalau kita sayang sahabat2,isteri kita,anak2 kita,jiran2 kita dan lain lain lagi ayuh kita gerakkan mereka supaya
mendekati kepada Allah di bulan yg penuh dengan berkat...
Sabda Rasulullah:

لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه

Tidak sempurna iman seseorang sehinggalah dia kasih bagi
saudaranya seperti dia kasih bagi dirinya...


Sebagai contoh jikalau kita suka diri kita solat tarawih di Masjid maka kita juga suka sahabat kita solat tarawiah di Masjid dan jangan kita hanya melihat pasangan kita diulit tidur tanpa mengejutkannya utk bertahjud jika kita sayangkn kepadanya,ikutilah sunnah Rasulullah bersama isteri..dan seterusnya qias lah dengan amalan2 lain...

Doa kita utk sahabt jangan kita lupakan lebih-lebih lagi kepada kedua-dua ibubapa kita,anak isteri,sanak saudara dan lain lain lagi....

Semoga Ramadhan yang kita lalui dapat menghasilkan Taqwa kepada Allah Taala sepertimana di sebut di dalam Al Quran...: لعللكم تتقون

Kita berlapar bukan kerana nak rasai seperti orang miskin rasai tetapi melaksanakan perintah Allah semata- mata supaya jadi orang yang bertaqwa...Kalau tidak macam mana puasa orang miskin adakah mereka berpuasa utk merasai kelaparan sedangkan mereka seringkali lapar,oleh sbb itu disuruhkan berpuasa adalah untuk melaksanakan
perintah Allah dan membuahkan sifat taqwa.....

selamat berpuasa semua Ramadhan karim...

No comments: