Wednesday, May 9, 2007

CARA MUDAH BERHENTI MEROKOK

Bagaimana cara berhenti merokok dalam masa 5 hari

Insyallah kami akan kemukakan cara-cara yang boleh membantu berhenti merokok yang mana berlaku secara praktikal di seluruh dunia seramai 20 juta perokok berjaya berhenti merokok dengan cara tersebut.

Perlaksanaan cara ini ditunjuk oleh Dr.Hussain Amin Syahatah Pengerusi Persatuan Membenteras Merokok di Mesir yang mampu menolong perokok lebih daripada 5120 perokok sehingga sekarang.

Cara tersebut diberi nama 5 HARI dilaksanakan seperti di bawah:

Hari Pertama :

*Perokok perlu menanam atau memperingatkan diri dengan semangat yang bersungguh-sungguh bahawa dia tidak akan merokok lagi sampai bila-bila.

*Kemudia mulakan hari pertama dengan minum 2 gelas air masak,kemudian tarik nafas sedalam-dalamnya selama kiraan 1 hingga 5 kemudian ruku' seperti solat dan hembuskan nafas tadi melalui mulut.Kemudian berdehem 3 kali masih dalam ruku' sambil membuang kahak yang ada di rongga kawasan tengkok jika ada.

*Selepas itu mandi dengan air suam atau sejuk waktu pagi dalam tempoh 3 minit atau 5 minit sambil menggosok bahagian dada kiri dan lengan kiri dengan kain basah sehingga naik kemerahan kulit..Itu adalah untuk membersikan darah daripada nikotin.

*Kemudian melakukan riayadhah berjalan sejauh 500meter.

*Sentiasa melazimi minium air masak tidak kurang daripada 2 liter air sehari di samping mengambil jus limau atau limau nipis..

*Lepas zohor mandi sekali lagi disamping menggosok dengan kain basah di kawasan yg sama seperti pagi tadi…

*Sebelum tidur minum 2 gelas air masak selepas itu tarik sedalam-dalamnya selama kiraan 1 hingga 5 kemudian ruku' seperti solat dan hembuskan nafas tadi melalui mulut.Kemudian berdehem 3 kali masih dalam ruku' sambil membuang kahak yang ada di rongga kawasan tengkok jika ada.

*Selepas itu mandi untuk kali ketiga dan gosok tempat yang sama dengan kain basah.

Hari Kedua :

*Ulang perkara yang sama cuma ada perubahan di tempat gosok.Gosok di dada sebelah kanan dan lengannya sekali bersama doa kepada Allah bersungguh-sungguh agar menolong dalam menghidar sifat merokok

Hari Ketiga:

*Ulangi yang sama cuma gosok perut dan belakang dengan kain basah sahaja.

Hari Keempat:

*Ulangi yang sama cuma gosok betis kiri dengan kain basah sahaja

Hari Kelima:

*Ulangi yang sama cuma gosok betis kanan dengan kain basah sahaja

Sabit secara ilmiah bahawa merokok membawa kepada tua yang cepat.Jabatan kesihatan dunia menyatakan bahawa antara sebab-sebab kematian adalah merokok selepas itu Aids kemudian minum minuman keras.Disebut juga bahawa rokok mengandungi 3000 bahan kimia

Sekarang mulakanlah untuk berhenti merokok wahai sahabat-sahabat kami yang mulia…

Selamat Mencuba Semoga Allah Kaburkan Usaha Kita…Amin ya Rabbbbbbb

No comments: